KAJANG. 25 Feb 2009. Pihak AADK dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengadakan operasi bersama di Tol Cheras Kajang. Sehingga jam 3.00 pagi, seramai 23 orang didapati positif dadah. Saya turut bersama menyertai operasi ini. Ada motor yang membuat pusingan dan terjatuh kerana terlanggar motor dari arah bertentangan.
Kedua penunggang motor tersebut dipercayai berbangsa India melarikan diri ke dalam sungai berhampiran. Kedua helmetnya jatuh ke dalam sungai, manaka la sebuah beg galas di campakkan.
Pemeriksaan mendapati di dalam beg tersebut terdapat 3 bilah pisau. Gambar di atas menunjukkan 2 orang antara 23 orang yang ditahan. Pihak AADK mengambil maklumat diri dan menghubungi keluarga. Seorang budak muda bertanya saya, apa langkah seterusnya selepas ini, saya jawab kamu kena ke AADK, hubungi keluarga maklumkan masalah ini. Kamu ditahan malam ini. Saya tak sampai hati nak bagi tau mereka katanya.
Seorang pekerja kelab malam turut ditahan selepas didapati air kencingnya positif dadah. Ketika saya bertanya, (dadah) apa kamu ambil? Tak tahu lah encik....saya kerja kelab malam, mungkin ada orang memasukkan ke dalam minuman saya.
Bayangkan dalam satu malam, 23 orang ditahan kerana mengambil dadah, walhal bukan semua yang ditahan, hanya memilih secara rawak dan perawakan muka menurut farmakologi. Pihak JPJ menahan motor yang lalu, dan kami akna melihat muka mereka, apabila di dapati adanya ciri-ciri (simpton) keterlibatan dengan dadah,
No comments:
Post a Comment