Showing posts sorted by relevance for query raub. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query raub. Sort by date Show all posts

Mencari Turning Point Dalam Kehidupan Seorang Penagih

Oleh : Noorhisham Hamzah, S.Sos.I

Seorang penagih dadah bukanlah mudah untuk berhenti, saya sendiri pernah berdepan dengan 2 orang penagih (dalam sistem NA masih menggunakan istilah penagih walau sudah lama berhenti), memberikan statement bahawa dia akan ambil semula barang (morfin dan heroin) tersebut apabila keluar nanti (dari pusat).

Saya tidak mengatakan sistem pemulihan di Pusat Serenti itu tidak berjaya 100%. Kita tinggal dulu pasal pusat serenti. Namun....apabila kita mendekati penagih yang telah berhenti, mereka bercerita...untuk berhenti mesti ada satu turning point. Dan setiap orang melalui turning point yang berbeza.

Saya cuba mendekati dan mengorek rahsia 2 orang prs (bekas penagih) di bawah ini, mereka kini berada di Pusat Serenti Raub bekerja sebagai PRS secara kontrak. Gambar mereka saya ambil dengan kebenaran dan bertujuan dimasukkan ke dalam blog saya, sebagai pengajaran kepada orang lain yang masih menagih dan bukti kepada masyarakat bahawa penagih dadah sememangnya boleh berhenti.

Ketika ditanya pada Bakri, (rujuk foto) apakah turning point beliau yang memberikan satu kekuatan untuk berhenti secara terus. Katanya yang masih bujang, sebenarnya saya tak ada niatpun untuk berhenti, saya sebenarnya saya ingin cepat masa kurungan dalam pusat ini dipercepatkan, semakin hari semakin dekat nak keluar, semakin rindu pada heroin, sambungnya yang menagih selama 15 tahun.

Ketika keluar dari pusat kali terakhir (3 kali masuk pusat dan 5 kali masuk penjara,rakannya yang disebelah), saya turun dari bas di penang dan ingin pergi membeli benda tu hasil dari duit yang saya dapat selama bekerja di pusat serenti ini.

Ketika itu, kaki saya menjadi kaku, lemah dan tak berdaya, semacam lumpuh. Ya Allah, Engkau berikan aku peluang lagi kali ini, sama ada aku nak terus ke sana atau balik ke rumah. Kaki dah kaku ni. Bila saya tukar niat untuk balik, terus Allah Taala berikan saya kekuatan untuk bergerak. Terus saya ke kedai Hard Ware dan belikan satu rantai dan satu mangga besar.

Bila balik ke rumah, saya minta ayah saya rantai saya 24 jam, kecuali waktu makan dan sembahyang. Selama setahun saya begitu, bila kawan datang, atau dengar ekzos motor, mereka terus saya lari naik ke dalam rumah. Sampai sekarang al-hamdulillah, saya mampu bertahan.

Ketika ditanya, apa perasaan anda apabila mengenang kehidupan anda yang lalu? Saya merasakan sangat rugi, kerana kehidupan berlalu begitu saja dan hari ini pun saya tidak memiliki apa-apa, kecuali wajah yang sebegini.


Zulkifli bin Zainal, 22 tahun menagih tetapi kini dengan bangganya, sudah 4 tahun berhenti (kiri), Bakri Abdul Rahim (kanan) 15 tahun menagih, juga baru 4 tahun berhenti.

Catatan d Raub

BENZIODIAZEPAM


  1. Sebagai dadah gantian kepada barbiturat.
  2. Barbiturat disalah guna untuk oleh artis membunuh diri.
  3. Ianya sangat mudah mendepres sistem saraf pusat (DNS)
  4. Menyebabkan dependen kedua-dua fizikal dan psikologi.
  5. Sifat asid lemah dengan Pka 3.5-5.0
  6. Senang diserap pada GIT kerana sangat larut lipid.
  7. Biasanya di ambil secara oral dan iv. Terikat banyak pada protein plasma.
  8. Boleh lintas sawar darah otak kerana sangat larut lemak, sebarannya sangat luas
  9. Ianya barbiturat ngan untuk ikatan plasma protein.
  10. Metabolisme sangat aktif di hepar.
  11. Fasa I melibat P450 , manakala Fasa II konjugasi dengan glukuronoid.
  12. Ekresi melalui Urin.
  13. T ½ adalah 2 hingga 200 jam bergantung kepekatan dadah.
  14. GABA (Asid Gamma Amino Butirik ) merencat SSP.
  15. Anestesia adalah dadah unutk tenangkan pesakit.
  16. Antara tarikan Benzo ialah Enzieti, Insomnia, Tremor, otot kejang, loya da muntah.

ALKOHOL

  1. Sejenis Dadah Psikoaktif
  2. Kesan kepada pengguna, sedasi, mkurangkn resah, tak takut, percakapan merosot andai dos tinggi, kencing banyak, vasodilasi, salur darah mengembang, jantung tak berfungsi dan efek ke otak.
  3. Ekresi, masuk arak keluar pun arak jugak.
















Pages