Bengkel Kaunseling Perkahwinan USIM

Bermula semalam (28 Mac 2009) saya dan dua orang rakan SPADA yang lain iaitu Yan dan Cikgu Jai telah dijemput untuk menjadi Pengerusi Majlis BENGKEL KAUNSELING PERKAHWINAN & SEKSUALITI di kampus utama Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Agak gementar juga nak jadi pengerusi majlis ni sebab faham-faham aje lah protokolnya. Kalau tak prepare betul-betul, kucar-kacir majlis tu nanti. Mujur Cikgu Jai yang dah banyak pengalaman dalam hal ni menawarkan diri untuk buat skrip awal. Saya dengan Yan cuma perlu ubah sikit-sikit je. Fuh... mujur semuanya ok. Seronok menghadiri bengkel kali ni. Ye la...tengok tajuknya tu..Kaunseling Perkahwinan dan Seksualiti. Hangat betul dibuatnya dalam dewan yang sepatutnya sejuk dek aircond tapi panas dan tak berkelip mata dibuatnya. Haha... Penceramah yang dijemput bukan calang-calang orang. Encik Halim, Prof Ahmed Mahir, Prof Saedah, Dr Ismail Tamby (Pakar Sakit Tuan) dan Ustaz Norazman (Ketua Eksekutif di Majlis Agama Islam N9) pun ada dengan tajuk masing-masing. Rasanya tak rugi pada sesiapa yang hadir pada dua hari tersebut. Banyak tip-tip berguna yang telah kami perolehi sepanjang bengkel ini.

Antaranya ialah:
1. Tips untuk mendapat anak lelaki atau perempuan.
2. Cara menangani kes-kes lesbian dan gay.
3. Bagaimana untuk mendapat kepuasan dalam hubungan suami
isteri.
4. Mengenali organ-organ seks dan fungsi tubuh badan.
5. Tempat-tempat sensitif lelaki dan perempuan.
6. Menangani masalah hubungan suami isteri mengikut prespektif
Islam.
7. DLL....hehe..nak tau lebih kena berguru la plak dengan saya
ye...huhuhu

Tapi sebenarnya walaupun semua tu kita anggap remeh sebab mungkin ia tidak berlaku dalam hidup kita, namun menurut Ustaz Norazman, masalah seks juga adalah antara penyebab berlakunya perceraian di kalangan suami isteri. Jadi dengan adanya bengkel seperti ini, sekurang-kurangnya para kaunselor akan dapat mempelajari cara untuk menangani masalah seperti ini supaya sesuatu perkahwinan itu dapat diselamatkan. Inilah julung kalinya bengkel berkenaan seksualiti diadakan oleh pihak USIM khas buat kaunselor yang sudi hadir. Saya rasa memang tak rugilah datang berkampung dua hari di sini.

Tengah kontrol ayu nih...hehe

Jualan buku ilmiah pun ada di depan auditorium. Yan sempat lagi posing tu...

Apalah yang dibualkan oleh Prof Saedah dengan Dr Ismail Tamby ni..

Cikgu Jai nampak smart hari ni. Awek dua orang ni student USIM Tahun 3.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Datin Seri Rosni binti Omar (isteri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia)

No comments:

Post a Comment

Pages