Bengkel Kaunseling Perkahwinan USIM

Bermula semalam (28 Mac 2009) saya dan dua orang rakan SPADA yang lain iaitu Yan dan Cikgu Jai telah dijemput untuk menjadi Pengerusi Majlis BENGKEL KAUNSELING PERKAHWINAN & SEKSUALITI di kampus utama Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Agak gementar juga nak jadi pengerusi majlis ni sebab faham-faham aje lah protokolnya. Kalau tak prepare betul-betul, kucar-kacir majlis tu nanti. Mujur Cikgu Jai yang dah banyak pengalaman dalam hal ni menawarkan diri untuk buat skrip awal. Saya dengan Yan cuma perlu ubah sikit-sikit je. Fuh... mujur semuanya ok. Seronok menghadiri bengkel kali ni. Ye la...tengok tajuknya tu..Kaunseling Perkahwinan dan Seksualiti. Hangat betul dibuatnya dalam dewan yang sepatutnya sejuk dek aircond tapi panas dan tak berkelip mata dibuatnya. Haha... Penceramah yang dijemput bukan calang-calang orang. Encik Halim, Prof Ahmed Mahir, Prof Saedah, Dr Ismail Tamby (Pakar Sakit Tuan) dan Ustaz Norazman (Ketua Eksekutif di Majlis Agama Islam N9) pun ada dengan tajuk masing-masing. Rasanya tak rugi pada sesiapa yang hadir pada dua hari tersebut. Banyak tip-tip berguna yang telah kami perolehi sepanjang bengkel ini.

Antaranya ialah:
1. Tips untuk mendapat anak lelaki atau perempuan.
2. Cara menangani kes-kes lesbian dan gay.
3. Bagaimana untuk mendapat kepuasan dalam hubungan suami
isteri.
4. Mengenali organ-organ seks dan fungsi tubuh badan.
5. Tempat-tempat sensitif lelaki dan perempuan.
6. Menangani masalah hubungan suami isteri mengikut prespektif
Islam.
7. DLL....hehe..nak tau lebih kena berguru la plak dengan saya
ye...huhuhu

Tapi sebenarnya walaupun semua tu kita anggap remeh sebab mungkin ia tidak berlaku dalam hidup kita, namun menurut Ustaz Norazman, masalah seks juga adalah antara penyebab berlakunya perceraian di kalangan suami isteri. Jadi dengan adanya bengkel seperti ini, sekurang-kurangnya para kaunselor akan dapat mempelajari cara untuk menangani masalah seperti ini supaya sesuatu perkahwinan itu dapat diselamatkan. Inilah julung kalinya bengkel berkenaan seksualiti diadakan oleh pihak USIM khas buat kaunselor yang sudi hadir. Saya rasa memang tak rugilah datang berkampung dua hari di sini.

Tengah kontrol ayu nih...hehe

Jualan buku ilmiah pun ada di depan auditorium. Yan sempat lagi posing tu...

Apalah yang dibualkan oleh Prof Saedah dengan Dr Ismail Tamby ni..

Cikgu Jai nampak smart hari ni. Awek dua orang ni student USIM Tahun 3.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Datin Seri Rosni binti Omar (isteri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia)

I and Vijaya ...

Blogger Pak Norish bersama teman sekuliah, Ms. Vijaya

Sekitar Program AADK Ampang


Tempat Masjid Al-Azim, Pandan Indah Ampang

Kalau sebesar ini



Andai lubang penagihan itu sebesar dan sedalam ini, maka bagaimana penagih boleh bangun semula setelah jatuh ke dalam nya.

Pencegahan Dadah di SK

Seramai 150 orang murid, itulah murid SK Jalan Sungai Besi (1) terdiri dari tahun 1 hingga tahun 6. Saya, Wan Annuar, Pn.Dini dan En.Aziadi (PRS) sempat menyampaikan ceramah kepada para murid dan juga guru.

Pada sebelah petangnya, kami ikuti Seminar, Slip, Lap dan Relapse di PERSADA Sg. Besi yang disampaikan oleh Cik Halida Ali dari USIM.

Masukan Untuk Semua

Setiap hari, saya berusaha untuk memasukkan bahan yang boleh dikongsi bersama, kalau tidak dalam spadausim.blogspot.com, saya juga banyak mengepos bahan di dalam http://norish77.blogspot.com berkaitan dadah. Ada keluarga penagih, saya minta mereka rujuk pada blog saya (norish) bagaimana cara membantu ahli keluarga mereka yang menagih.

Hasilnya semalam, ada yang sms, mengatakan dia dah baca kat blog saya tu, dan memang mendapat bahan yang berguna.

Seminar Perkahwinan

En.Halim selaku Ketua Program SPADA menjemput semua pelajar SPADA untuk menghadiri seminar Perkahwinan yang akan diadakan di USIM pada 28 dan 29 Mac ini. Pelajar SPADA mendapat pelepasan bayaran yuran sebanyak RM50.00 yang sepatutnya dibayar. Kepada sesiapa yang berminat untuk hadir sila berikan nama anda pada Pn.Maznida (USIM).

Apakah yang diperhatikan rakan kita ini

Lihat foto orang ketiga sebelah kiri....teka ..beliau sedang buat apa tu? UNtuk lebih jelas... klik pada gambar untuk tumbesaran

Temubual Ekslusif Bersama Datin Lenny



Sempena keberangkatan Datin Lenny Shafinaz ke Pusat Rawatan Dadah Swasta (Christian Care Centre) di Subang..ikuti perbualan tersebut. Pusat ini terletak diatas bukit belakang Lapangan Terbang Subang.

Temubual Bersama Dato WM Anuar


Sempena pelancaran
aizekdungun.blogspot.com

Ada Lagi, Perempuan Melayu Terakhir

Ada lagi.....
Betul tak ni Lenny? duk elok-elok tau kat PUSRAWI, baca buku Anis, nanti nak pereksa..Anis dah pergi tadi kan dengan Nor...dia orang ada bagi buah epal tak? Huhu...kecian Lenny...sabar ya..nanti kita pigi tengok...kita nak set masa dulu.Nama Amutha jadi Nor lak..

Makluman Kepada Semua Rakan

Permurnian Buku 7 Langkah Pemulihan
Hari ini, Ustaz Khairi ke rumah ana selepas menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Bangi, kami berbincang pasal buku 7 Step, minggu depan akan dicetak, masih akan penambahan yang perlu ditokok tambah dan sedikit pengubah suaian. En.Halim nak diterbitkan dalam 2 versi, satu untuk Muslim dan NonMuslim

Dalam pada itu, Ustaz Khairi adalah seorang penyelia yang akan datang pada hari penyeliaan di SPADA nanti. Beliau mengatakan antara soalan yang akan ditanya pada anda semua ialah ; Dimanakah anda memasukkan unsur keagamaan atau kerohanian kepada klien anda dalam sesi Kajian kes. Demikian makluman untuk semua yang mahu mendengar ...hihi

SPADA di SUNGAI BULOH

Geng SPADA bergambar setelah habis acara. Kaunselor Hospital Sungai Buloh En.Nadarajan a/l Gopalakrishnan berdiri disebelah Anuar, beliau mengucapkan terima kasih banyak atas pertisipasi SPADA dan mengalu-alukan kerjasama untuk masa akan datang.

Hari ini saya tak sempat nak poskan artikel, kerana berada di Hospital Sungai Buloh dalam program bersama pengambil metadone di sini.

Orang-orang hebat di SPADA 2008

Nor : Banyaknye beg enko Yan...
Yan : Ala.....tengok sudah le...jangan la dengki...tak baik dengki tau
Nor : Banyak ke duit ada kat dalam tu
Yan : Banyak....ribu-ribu....DONG

Cantik tak model dari Vietnam ni...

Seminar Perkahwinan

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti SEMINAR Tentang PERKAHWINAN di USIM Nilai pada 28 hb Mac 2009. Kos RM50.00. Tempat penginapan tidak disediakan

Testing For Dinner

Salam.

Apa khabar adinda ya. Lama tak jumpa ngan kekawang.. Insyaallah nanti kita jumpa kat Tampin.

Macam mana dengan sesi? Moga segalanya beres dan dimudahkan-Nya.

Akak ngan kak Mus so far alhamdulillah. Kalu kat pejabat now tak yah panggil, ada-ada je yang nak jumpa. Kekadang
tu kami risau sebab tak ada masa nak tulih laporan. Asyik besesi tapi report banyak yang tak settle.
Harap dapat siapkan juga nanti.

Minggu ni dok sebok ngan maulidur rasul kat taman, akak buat kuiz berkaitan sirah pastu tambah ngan soalan pasai dadah.
Ok lah, nanti akak harap sebelum abih spada dapat belajar ngan kamu pasal nak buat blog and nak masuk gambar dalam blog yang
dok kosong-kosong tu. P kan Tampin nanti. Kalu sempat balik tu bolehlah akak cuba masukkan bahan program akak dalam laman sendiri....Kalu sempat la.

Ok jumpa nanti. Selamat meneruskan perjuangan.

Kak Ira
..........................
Kawan-kawan tolong sms Alamat, emel dan apa saja yang nak dimasukkan dalam Foto ini, untuk presentation malam dinner, tolong cepat ya. Mana comel ya...

Klinik Metadone Tampin

Foto Terkini Geng SPADA

Ini Vijaya dan Amutha, mereka berdua ni dah berkurun tak bertemu.
Dr. Haslinda, orang panggil doktor lak bila duk Hospital Sungai Buloh
Inilah Kak Mus, beliau and Kak Ira praktikal di dalam bukit, campur hutan-2 gitu, bila kita call mesti tak masyuk punya, sebab line tak ada... eh eh ada juga kat Malaysia line tak ada ye.
Terkini, Wan Nor Azlina, dari Pusat Serenti Dengkil
Ini Gambar adik-adik dari UMT, mereka sedang praktikal 5 bulan di PERSADA. Sebelah kiri Faradilla (Kedai Lalat) dan sebelah kanan saya, Yanti dari Sarawak. Yang tengah tu kenal tak sape. ..hehe

Lawatan ke Klinik Tampin N9



PENGUMUMAN

Dinner Spada 7 april 8.00 mlm, sesiapa nak bawa pasangan sila maklum untuk tempahan tempat kena bayar untuk pasangan masing-masing, "sila maklum pada geng spada di AADK Ampang."

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam walau di mana jua anda berada. Semoga kita menjadi ummat Muhammad yang diredhai dan berkualiti dunia akhirat. Selamat bercuti juga diucapkan kepada semua.

MAKLUMAN LAWATAN KE KLINIK METADON

Lawatan ke klinik Kesihatan Tampin - Negeri Sembilan

Tujuan : lihat program metadon dan pemberian jarum suntikan-dpt pengiktirafan WHO. 12 MAC 2009 (KHAMIS)." "En. Halimpun ikut sekali, jomlah pergi ramai2 lenny dah booking 1 bas usim, bertolak kol 8.00pg. balik kol 2 ptg dari sana."kalau nak ikut beritahu segera, nak buat survey. sms pada lenny @ nor @ anis @ vijaya.

Sekitar aktiviti di PLKN Sembrong

BATU PAHAT: 2 Mac 2009. Aktiviti bersama peserta PLKN di Pusat Latihan PLKN Sembrong, Batu Pahat, Johor. Program bersama AADK rupanya dijalankan serentak di semua pusat latihan PLKN seluruh negara. Mengikut modul latihan, program bersama AADK adalah wajib dimasukkan ke dalam salah satu aktiviti bagi memberi maklumat tentang dadah kepada pelatih-pelatih PLKN ini.
Jalan masuk ke pusat tersebut. 5km jauh ke dalam kebun kelapa sawit.
Pembentangan kumpulan.
Cerianya adik-adik PLKN ini.
Jadual mingguan bagi aktiviti di sini.
Selain dari memberi ceramah dan LDK, pameran mengenai dadah juga diadakan di sini.
Comeynyaaa si cantik manis ni. Inilah Mimi. Salah seorang petugas AADK Daerah Batu Pahat.

Sedang membahagi-bahagikan peralatan untuk aktiviti LDK.

Dah habis aktiviti kena la buang pula sampah yang bersepah.

Terlelap juga Pandy sementara menunggu aktiviti seterusnya.

Tengoklah tu...Pandy sempat berposing dengan 3 awek cun ni.
Sebelum pulang, kami sempat bergambar di hadapan ampangan Sembrong ini.
(Lagi gambar sekitar aktiviti di blog kakyong.blogspot.com)

Pages