Sambutan Hari Raya di Spada

Kelihatan Datin Prof. Adiliah Mizan sebelah kanan sedang menikmati juadah hari raya.
Berdiri ditengah, En.Farid (pegawai HQ AADK bahagian rawatan) dan sebelah kanan adalah Prof.Madya Dr. Saedah Ghani, beliau ni satu-satunya dalam Malaysia yang mempunyai sijil Kaunseling Keluarga dari luar negeri setakat ini. Kami bertuah sebab belajar langsung dengannya tentang MET, Kaunseling Penagih Dadah, Kaunseling Keluarga dan sebagainya. Paling tidak lupa tentang Ice Breaking yang sangat terlekat di ingatan.
En.Zurkurnan, Guru Disiplin dari Pasir Puteh, Kelantan. Tiap minggu ulang-alik Kelantan nak tambahkan ilmu di Spada ni.
Puan Muslimah dan Pun Norzira
Inilah wajah En.Halim, (baju putih) beliau ni pakar rujuk tentang dadah di Malaysia, pembentang isu-isu dadah di peringkat antarabangsa. Beberapa minggu lepas beliau ke Stokhom (Camne eja) Sweden, membentang kertas kerja pasal dadah dan minggu depan akan ke Sabah dan minggu depan lagi ke Universiti Negeri Padang, Indonesia

Haha, orang dah beraya sakan, kita baru nak beraya. Hari ini Spada mengadakan sambutan hari raya, sebelumnya En.Halim selaku bos kami memberi taklimat berhubung intership II yang di adakan minggu depan.

No comments:

Post a Comment

Pages