Perjalanan SPADA 2010

Masa kami belajar di SPADA, kami adalah batch yang ke-4, masuk batch ke-5, SPADA masih gagah, tapi masuk tahun 2010. KPM tidak lagi dapat memberi bantuan biasiswa, akibatnya tiada pelajar dari KPM tahun ini. Ada 2 orang yang sanggup belajar dengan biaya sendiri, itupun di tolak oleh pihak KPM. Masalah kewangan meruncing...

Walau bagaimanapun, pelajar dari JPA tetap masih ada.

Bagaimana hasrat mengejar sekolah bebas dadah 2012. Hanya ada 2 tahun saja lagi

HARI TERAKHIR FINAL EXAM PENGGAL 2 SPADA 2009/2010

Pada 14 Januari 2010 (Khamis), Peperiksaan Akhir Penggal Kedua SPADA berakhir pada hari ini. Walaubagaimanapun perjuangan para pelajar SPADA belum berakhir. Hari ini diadakan Ceramah Pengendalian Penyelidikan Kualitatif dan akan disambung pada hari kesokannya dengan Taklimat Internship III. Mulai 19 Januari 2010, para pelajar akan mula menjalani Program Internship III selama 10 minggu.
Makan tengahari pada hari terakhir peperiksaan di taja oleh Pengurusan SPADA, USIM.
Wong dan Maznita sempat posing masa makan.
Zunita bersopan ketika mengunyah makanan

Nak tambah lauk ke...tambahlah, jangan malu-malu.....


Handphone baru tuh......





Bengkel Penulisan Laporan Awal "Pendekatan Belia Melayu Dalam Penagihan Dadah"

Ceramah di dalam bengkel....Definisi Penagihan Dadah dari sudut kesihatan dan perundangan

Puan Vanaja memberikan pandangan kepada En Rodzi berkaitan pengendalian OHP

Menjalankan kajian penyelidikan bukanlah perkara mudah namun bukanlah mustahil

Encik Zainol....Pakar statistik

Encik Abdul Halim Mohd Hussin, Ketua Penyelidik

Pada 8 - 10 Januari 2010 bengkel tersebut telah dilaksanakan di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. Bengkel ini bagi menyiapkan laporan kajian atau penyelidikan berkaitan penglibatan belia dalam penyalahgunaan dadah di Malaysia. Ketua Penyelidik ialah En Abdul Halim Mohd Hussin, Ketua Program Speciality Program For Alchohol and Drug Abuse (SPADA), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Para peserta bergambar di pintu masuk hotel


Selepas tamat bengkel sebelum pulang ke USIM...sempat bergambar di Gold Coast, Sepang

Para penyelidik dan pembantu penyelidik bersantai di pantai setelah bertungkus lumus memerah idea


Rin, Zunita dan Tok...lepas geram dihari terakhir bengkel



SIMPOSIUM PENGUPAYAAN MENANGANI ISU DADAH DI IPT

31 Disember 2009, Khamis - USIM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan AADK telah menjayakan Simposium Pengupayaan Manangani Masalah Dadah Di IPT yang melibatkan penyertaan daripada kaunselor-kaunselor IPT Awam, Politeknik dan Wakil-wakil Pegawai AADK. Simposium tersebut telah diadakan di USIM Kampus Kota, Pandan Indah.












Pembentangan Tugasan Kelas prof Zaidi

Pada 22 Disember 2009, Selasa:

Pembentangan Tugasan Kumpulan Kelas Prof Dr Mohd Zaidi bin Hajazi bagi Sesi 1 telah di adakan di Dewan Serbaguna SPADA, USIM Pandan Indah. Empat kumpulan terlibat mempersembahkan hasil kerja mereka.
Secara umumnya, pembentangan pada hari ini berjalan dengan lancar. Panel penilai pembentangan terdiri daripada Ex SPADA iaitu Puan Maimun, YM Engku Mardiah dan Cik Alida.

Para pelajar SPADA memberi tumpuan....

Kumpulan pembentang sedang membincangkan sesuatu bersama Prof Dr Mohd Zaidi....

Masih susah hati....Selepas mengalami kemalangan jalan raya


Panel penilai....Cik Alida, YM Engku Mardiah dan Puan Maimun


Meena....tetap setia dengan SPADA

Zunita bersemangat membentang....

Azhari pembentang kedua....

Vanaja.... pembentang pertama



MAJLIS KESYUKURAN KEJAYAAN ENCIK HALIM

Pada pertengahan Bulan November yang lalu Encik Abdul Halim Mohd Hussin telah menyertai pertandingan program inovasi di Belgium. Hasilnya Encik Halim telah memenangi pingat emas.









LAWATAN ILMIAH KE PUSAT PEMULIHAN AKHLAK, JABATAN PENJARA MALAYSIA, MUAR

Jumaat, 13 November 2009: Pelajar SPADA telah mengadakan lawatan ilmiah ke Pusat Pemulihan Akhlak, Jabatan Penjara Malaysia, Muar, Johor. Aktiviti lawatan sekadar taklimat berkaitan Pusat Pemulihan Akhlak, Muar. Kami tidak mendapat kebenaran untuk bertemu penghuni mahupun melawat tempat tinggal penghuni. Lawatan kami berakhir dengan Jamuan Makan Tengahari.











Aktiviti Di PUSPEN Remaja Tiang Dua, Melaka

Khamis, 12 November 2009: Pelajar SPADA, USIM sekali lagi terlibat dengan Program Lawatan Ilmiah. Kali ini kami ke PUSPEN Remaja Tiang Dua, Melaka. Aktiviti yang kami laksanakan di sana ialah Latihan Pengurusan Stress menggunakan kaedah Senaman Kalistenik, Chiken Dance dan beberapa aktiviti berkaitan pengurusan stress. Di samping itu, kami diberi taklimat berkaitan latar belakang dan pengurusan di PUSPEN Remaja Tiang Dua, Melaka.



Latihan sebelum lawatan

Maznita dan Zunita diberi tanggungjawab sebagai pembina modul bersama Tok Penghulu dan mereka sedang memberi taklimat dan latihan sebelum lawatan

Kehadiran kami di sambut dengan jamuan minum teh


Puan Norliya sedang memberi taklimat berkaitan PUSPEN Remaja Tiang Dua


Para peserta mendengar taklimat dengan penuh perhatian


Suasana semasa sesi taklimat...
Program Pengurusan Stress bersama penghuni tiada disertakan gambar kerana peraturan tidak membenarkan pelatih diambil gambarnya.






INTERNSHIP 2: PROGRAM KOMUNITI

Nama Program:
PROGRAM GEMPADAH

Tarikh:
7 dan 8 November 2009

Tempat:
Kampung Baru Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Anjuran bersama:
Surau Al Mubarak, Sungai Ara
AADK Daerah Barat Daya, Pulau Pinang
Gerakan Belia 4B(M), Cawangan Arajaya

Turut membantu:
Pelajar SPADA (Hazlinda Nur Bahari, Norhayati Abd Samad, Wong Fui Fun, Mohd Basiran)

Aktiviti:
Mesej Anti Dadah Rumah ke Rumah
Ceramah Agama
Pertandingan Sepak Takraw/Futsal
Pameran (AADK, Kesihatan, Bomba)
Pertandingan Azam/Menghafal Surah Lazim


Kumpulan Mesej Anti Dadah Rumah ke Rumah

Mesej Anti Dadah Rumah ke Rumah

Taklimat program


Pengarah AADK Daerah Barat Daya, Pulau Pinang....Tuan Aman bin Mustapha


Turut membantu menjayakan Program GEMPADAH
Ahli komuniti menyediakan bahan untuk masakan



Setiap individu ada peranan....


Setiap rumah dilawatai tidak mengira rumah siapa.....apa yang penting ialah mesej anti dadah dapat disampaikan


Yang sudah berusia juga tetap bersemangat membantu perjuangan menggempur najis dadah



Biarpun jauh di Utara...kami tetap sanggup ke sana demi mempertahankan Negara dari ancaman dadah durjana


CERAMAH AKTA DADAH BERBAHAYA (RAWATAN DAN PEMULIHAN)

Pada hari Khamis 5 November 2009 bertempat di Kelas SPADA, satu ceramah bertajuk Akta Dadah Berbahaya (Rawatan dan Pemulihan) telah disampaikan oleh ACP Sasikala Devi a/p Subramaniam, Penolong Pengarah Perundangan/Pendakwaan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman.


ACP Sasikala Devi a/p Subramaniam menyampaikan ceramah

Penyampaian ceramah yang berkesan hinggakan para peserta terpegun......

Gabungan agensi-agensi kerajaan dalam menangani isu dadah.....Langgoseng (AADK), Tuan Amran (Jabatan Polis), Ahmad Nasrudin (Jabatan Penjara).....


Ilmu yang kami pelajari di SPADA begitu bermakna buat kami


Ceria dan bersedia menggalas amanah.....



Pages