Pada hari Khamis 5 November 2009 bertempat di Kelas SPADA, satu ceramah bertajuk Akta Dadah Berbahaya (Rawatan dan Pemulihan) telah disampaikan oleh ACP Sasikala Devi a/p Subramaniam, Penolong Pengarah Perundangan/Pendakwaan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman.
GELAGAT PELAJAR SPADA MENJELANG TUTORAN FARMAKOLOGI
Rakaman pada 4 Nolvember 2009, Rabu.....Pelajar-pelajar SPADA berehat di surau ketika menanti waktu tutoran 1 penggal 2 Subjek Farmakologi.
PERSIDANGAN KEBANGSAAN KAUNSELING 09
Selasa, 3 November 2009....Persidangan Kebangsaan Kaunseling 09 bermula pada hari ini di Palace Golden Horse. Persidangan ini adalah anjuran PERKAMA dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Encik Abdul Halim Mohd Hussin mengendalikan bengkel berkaitan Program Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan Dadah.LEPAS GIAN
Pada hari Jumaat, 30 Oktober 2009 aku dan Cikgu Ramli melepaskan gian memancing ikan di Sungai Bekuk. Setelah empat bulan aku belajar di SPADA, USIM inilah pertama kali aku berpeluang menjalani aktiviti kegemaranku. Cikgu Ramli juga merupakan seorang Pelajar Master di UPM dan jarang-jarang dapat peluang sebegini. Kebetulannya aku menjalankan Internship di SMK Penghulu Saat pada sebelah paginya. Apalagi, kesempatan ini aku gunakan sebaiknya dan ada hasilnya walau tidak seberapa.
INTERNSHIP 2: PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SMK PENGHULU SAAD, PARIT SULONG
Pada hari Jumaat, 30 Oktober 2009 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari Program Pendidikan Pencegahan Dadah telah dilaksanakan di SMK Penghulu Saad, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Program ini adalah bagi memenuhi syarat Internship 2 dalam Speciality Program For Alcohol And Drug Abuse, Universiti Sains Islam Malaysia.
Sasaran peserta program ialah pelajar lepasan Peperiksaan Menengah Rendah PMR seramai 70 orang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.
Pengisian program ialah Tayangan Video "TERSASAR DI JALANMU" serta perbincangan mengenainya, Ceramah Ancaman Dadah Kepada Remaja dan Pengendalian Soal Selidik Skala Tahap Kesedaran Dadah Dalam Kalangan Pelajar.
Encik Mohd Jais bin Bakar, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Penghulu Saad
CERAMAH AKTA DADAH
JAMUAN SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI
Teruskan Perjuangan
Tahniah kepada Ojaloli yang sedang mengidamkan kehidupan yang indah dan sempurna, semoga Tuhan mempermudahkan segala urusannya.
PEPERIKSAAN AKHIR PENGGAL PERTAMA
PEPERIKSAAN AKHIR PENGGAL PERTAMA SPADA
AKAN BERLANGSUNG SELAMA DUA HARI
BERMULA 5 OKTOBER 2009 HINGGA 6 OKTOBER 2009
KEPADA SEMUA PELAJAR SPADA
DIHARAP DAPAT MENJALANI PEPERIKSAAN
DENGAN FIKIRAN YANG TENANG
SEMOGA KITA SEMUA AKAN BERJAYA....
Perlunya Journal
Mungkin ada nampak, dan mungkin tidak, ada di celah-celah program Tufh And Rugged dan TC, terselit program yang mungkin masih boleh dipertingkatkan lagi. Melalui journal anda yang bermutu tinggilah anda boleh membantu AADK dan Negara.
Sebabnya, anda dikenakan menyalin salin laporan dan journal untuk di tinggalkan pada AADK setelah berakhirnya intership nanti. Melalui journal itulah anda boleh membantu. Mungkin tulisan anda sangat bermutu, lalu diberi perhatian, atau tiada maknanya bagi mereka, lalu di pinggirkan.
Saya teringat dalam program TC, ketika program Encounter, penghuni masih menggunakan kata-kata, bodoh, bangang, bingai, lambung, hentak kaki, dan sebagainya. Ada kemungkinan penagih yang tidak pernah biasa dengan kata-kata akan terikut.
Bukankah Nabi SAW sendiri bersabda, orang yang paling dekat denganku di Syurga nanti ialah yang paling baik akhlaknya.Nah, dari hadis ini, kita perlu fikir, bagaimana program encounter boleh di ubah suaikan lagi, supaya menjadi lebih lembut, namun bermutu.

RUMAH TERBUKA JAMUAN HARI RAYA
1 Oktober 2009, Khamis....Satu majlis rumah terbuka sambutan hari raya telah diadakan oleh salah seorang pelajar SPADA iaitu Cik Yati. Ramai yang hadir untuk memenuhi undangan sambil menjamu juadah yang dihidangkan. Kami sempat bermaafan sebelum pulang ke destinasi masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)