DVD Rakaman Sepanjang Perjalanan SPADA



DVD ni untuk Bang Nan Dulu

Untuk rakan-rakan yang ingin menyimpan kenangan di SPADa, boleh lah menempah DVD ini, yang kesemuanya ada 4 DVD.

1. DVD ke Vietnam dari Kamera Tunku Hashrig
2. DVD ke Vietnam ramai-ramai kamera pelajar SPADA
3. DVD rakaman sepanjang tahun perjalanan SPADA.
4. DVD ke Sabah.Ramai-ramai

Kalau diganti dengan CD...banyak jugak. Pasal satu DVD 4.7 GB, sedangkan 1 CD 700 MB

Teamwork Kajian Keberkesanan Pelaksanaan..


19 Feb 2009. Syukur, Profesor Madya Dr. Chan dan rakan-rakan dari Bahagian Pendidikan, Universiti Teknologi MARA, melantik saya dan rakan-rakan dari SPADA sebagai teamwork kaji selidik Keberkesanan Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah Rendah. Walaupun sekolah saya sendiri baru bertatih dalam program ini, itupun hasil desakan dari Puan Norizah Rahmat, selaku HEM di SK Bangi.

Saya menghubungi YM Raja Azman, bertanya sekolah mana yang telah menjalankan aktiviti PPDa dengan baik dalam daerah Hulu Langat, beliau memberi jawapan 2 sekolah, iaitu SJK (C) Ong Pong, Ampang dan SK Taming Jaya, Cheras, Kajang. Tahniah la, mungkin semua kaunselor atau guru yang terlibat dengan PPDa patut mengadakan lawatan ke sekolah tersebut.
Kami di sini sebenarnya menkaji,sejauh mana lagikah, target Dasar Dadah Negara (DDN) iaitu Sekolah Bebas Dadah 2012. Apakah ianya akan menjadi nyata atau masih jauh lagi. Team kajian akan turun dan mengadakan soal selidik dengan beberapa buah sekolah, sasaran ialah pentadbir, guru-guru dan murid-murid dari 3 kelas, yang pintar, yang sederhana dan lemah.

Hulu Langat adalah daerah yang paling ramai penagih dalam Negeri Selangor. Justeru, menjadi kewajipan yang sangat besar untuk guru-guru memikul amanah ini, bagi memastikan sekolah daerah Hulu Langat bebas dari Dadah. YM Raja Azman dan guru-guru PPDa serta kaunselor adalah orang yang bertanggungjawab membantu mereasisasikan hasrat kerajaan tadi.

Manakala di rumah, peranan ibu bapa dan di dalam masyarakat, kita mengharapkan peranan pemimpin untuk membantu membendung permasalahan ini. Saya ditanya, apakah betul-betul pernah ada orang yang sembuh dari penagihan ? Jawapan kami ialah, YA, Memang ada, dan mereka ada dimana-mana, hampir ribuan yang sembuh. Antaranya En.Hafnee dan rakan-rakan dari PENDAMAI.

Sekitar Program di SPADA














Download Borang SPADA

Kepada semua kakitangan kerajaan dari KPM yang berminat dan cukup syarat untuk menyambung pelajaran program SPADA, sila hantarkan alamat pejabat anda bekerja untuk dihantar borang permohonan, atau anda boleh download terus borang tersebut dibawah ini.

Emelkan alamat anda ke :

afraima@yahoo.com

klik here

Khabar Dari Seremban

Profesor Madya Dr.Chan Yuen Fook sedang memberikan kata-kata aluan

Kehadiran En.Abd. Halim bin Mohd Hussin, bakal bergelar Dr. tidak lama lagi.SPADA Diploma siswazah dan Master bergabung fikiran
Kehadiran Pelajar Master SPADA dan Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah USIM


ALSON KLANA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN. Seramai 5 orang SPADA bersama En.Halim dan mahasiswa UITM, menghadiri program tersebut selama 4 hari 3 malam. AADK telah meluluskan geran untuk pihak UITM menjalankan sesi penyelidikan ini berhubung keberkesanan program Pencegahan Dadah di Sekolah Rendah.

RM1200 sehari untuk DADAH

KUALA LUMPUR – Asalnya dia berbelanja RM50 untuk membeli dadah tetapi apabila dorongan ketagihan itu memuncak, seorang bekas penagih boleh menghabiskan sehingga RM1,200 sehari.

Bagi bekas penagih yang hanya mahu dikenali sebagai Nazman, (bukan nama sebenar), duit sudah menjadi hal kedua penting kerana pada masa itu dunianya adalah dadah seperti syabu dan ketamin.

“Kalau saya tak dapat ‘ubat’ (dadah)..apa benda pun saya tak boleh buat. Sampai tahap nak tengok televisyen atau baca suratkhabar pun kena hisap dulu,’’ jelasnya di sini semalam.

Nazman, 34, mengaku selepas sedekad menagih, dia kini sudah benar-benar berasa bebas.

Menurutnya, pada awal penglibatannya, kos membeli dadah sedikit tetapi ia meningkat selepas dia memerlukan dos yang lebih banyak dan kerap.

“Sewaktu berusia 23 tahun, saya bergaul dengan golongan yang lebih berusia dan mereka semua hisap. Ketika itu, kehadiran saya di kalangan mereka seolah-olah tidak 'diiktiraf'.

“Jadi saya mula cuba menghisap dan lepas tu barulah mereka anggap saya sebagai kawan dan masuk kumpulan,’’ katanya.

Lawatan ke Pengasih

Salam, semua, kawan dah ada di PERSADA, macam mana semua nak ikut tak pergi ke PENGASIH

PROGRAM BINA MODUL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Beberapa orang dari pelajar SPADA terlibat dengan pembinaan MODUL ini bertempat di Seremban, Negeri Sembilan. Adapun mereka yang terlibat ialah Wan Mohd Anuar, Noorhisham, Nor Azian, Faizal dan Amutha. Pemilihan berdasarkan kedudukan tempat tinggal yang paling dekat dengan hotel berkenaan. Harap Maklum

Maklumat terkini untuk pelajar SPADA

Salam semua, baru petang tadi saya dan Wan Mohd Anuar bertandang ke USIM, tujuannya nak bertanya solusi sedikit masalah yang dihadapi oleh kami berdua. Encik Halim membantu memberikan jalan keluar, kami dibenarkan mengubah haluan ke klinik yang memberikan perkhidmatan metadone sehari dua dalam seminggu.

2. Ketika sedang menyaipkan surat untuk difaks ke Klinik Kesihatan Petaling, Encik Halim memaklumkan, pada 16 hingga 19 Februari ini ada satu program di Hotel Alson Kelana berkaitan program dadah di sekolah. Kemungkinan semua pelajar SPADA akan dipanggil dan diberi cuti 4 hari tersebut. Jadi bersiap-siaplah kalau ada program ditempat anda...apa perlu jika ianya jadi dibuat.

3. Elaun terkahir dah masuk semalam sebanyak RM2070.00. Ini kerana kata seorang kawan, bulan April kita hanya melalui 9 hari sahaja.

4. Anda boleh menghantar gambar program di tempat anda untuk perkongsian dengan semua rakan SPADA ke emel afraima@yahoo.com. Ceritalah sedikit berkaitan program tersebut.

5. Terima kasih En.Razif dan En.ASP Nazir atas jemputan memberikan ceramah ringkas malam jumaat minggu lepas di Pulau Carey.

Selamat meneruskan praktikum.

Gambar pelajar UMT yang sedang melaksanakan praktikal di PERSADA.

AKU INGIN PULANG

Hari ini dua orang penghuni dibebaskan. Dalam house meeting majlis perpisahan diadakan. Setelah mengucapkan kata-kata selamat tinggal, mereka saling berpelukan sambil menyanyi rangkap lagu ini. Tangis dan gembira menyelubungi hati yang hadir.



Gelap malam pasti terang
sang mentari pasti datang
kesesatan perjalanan
rahmat tuhan menentukan

Berikanku masa
mencuci dosa
aku kan pulang
menebus usia

dimusim nan lau
sepi memburu

memaksa berimu meruntunkan nafsu
dengan khayalan sebuah kehidupan
jarum suntikan menjadi pegangan
menjadi buruan


Terimalah kembali
wajah ini
jangan terus membenci
sampai mati
sedang hari berganti
kau mengerti sedang masa berganda
kau merasa

aku manusia pelaku cerita
dipementasan alam ciptaanNYa
bukan sengaja melanggar arahan
kadang terlupa
watak dan peranan
aku manusia

Takut Syahid di Pulau Mekong

Tolong-menolong amalan mulia, apa lagi kalau kita mampu menolong rakan yang hampir tersemban di pintu syurga.
Keadaan kadang-kadang memaksa, begini yang terpaksa dilakukan di Saigon, membawa motor dengan motor, ada lagi membawa peti ais dengan motor. Hmmm,hebat jugak mat Vietnam ni.
GEMURUH JIWA. Bertukar driver, khabarnya perahu ini telah dirampas kuasa pengayuhnya oleh seseorang yang memakai baju berpetak dalam perahu ini, setelah mencuba mengemudi seketika, perahu ini melencong ke dalam semak, apalagi berteriaklah sang penumpang, sebab baju keselamatan pun tak pakai, takut syahid di sungai mekong.
Dalam pepatah Melayu ada mengatakan, Orang Memberi Kita Merasa, itulah antara adat kita orang Melayu. Tapi ada pulak orang bila tak diberi dia terasa. Ni yang susah, kadang-kadang kita tak sedar pun siapa yang terasa.

Mengapa Yahudi Bijak?

Pagi tadi masa update blog, saya terbaca artikel dalam satu blog kawan. Hanafi namanya. Menarik saya rasa. Jadi kita share pula artikelnya ye. Mudah-mudahan boleh dijadikan panduan dan iktibar kepada kita sebagai umat Islam.
Dr. Stephen Carr Leon * (Emel daripada Siti Zaleha, terima kasih) Posted by wan salmah

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara menarik dapat saya perhatikan: “Mengapa Yahudi Bijak?”.
Memang tidak dinafikan ramai cendikiawan Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberikelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.
Tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui sang ibu mengandung, ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya membantu beliau.

Saya bertanya, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan. Sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam danberbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.

Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. (ini ajaran Rasul kita, pemakanan Rasulullah saw).

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. *Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna ***_*keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).*_

**Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) (Dalam Islam pun merokok adalah taboo) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).
Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. (muzik; alQuran dapat menerangkan hati, al Quran itu cahaya) Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak.

Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.*(perniagaan, sukan memanah ajaran Islam)
*Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institusi tinggi, di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat.

Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! (Jangan sesekali tinggalkan solat, itu kunci/senjata utama kejayaan dan kesihatan orang Islam). Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akanbekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak merekademikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. **Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajaranak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
(posted by kakyong)

Kaunseling dengan KLIEN PENAGIH

Mungkin saya tak dapat menyiapkan tulisan ini pada malam ini, tapi saya berusaha untuk bercerita sambil membantu rakan setugas, kaunselor yang kebanyakkan berada di sekolah menengah.

Saya dihubungi oleh seorang kaunselor di sebuah sekolah menengah daerah Kajang, bertanya dan merujuk pasal murid @ klien yang terjebak dengan dadah. Jenis Ganja. Bagaimana nak berikan sesi kaunseling. Saya percaya selain dari kaunselor ini, ramai lagi dalam Malaysia ini kaunselor atau guru disiplin menghadapi masalah yang sama.

Sebelum tu, perlu saya jelaskan, sesi kaunseling dengan penagih dadah dan bukan penagih adalah berbeza. Berbeza sedikit dari segi hala tuju sesi tersebut.

sambung

APa kHabar Kawan Kita Di Sana?

Kesian sungguh member kita kat belah Bukit Beruntung, depa 2 orang Kak Mus dan Kak Ira katanya duk dalam hutan sikit, agak-agak hutan la sikit, sebab apo tau, tak dok line telefon, jam 5 petang baru ada, itu pun sebab keluar dari rimba. Hehe patutla, bila nak call dia tak jawab, operator yang tolong jawab. Oooo....ado pasang operator lak looni noooo...

Laporan dari Ipoh, ini pun satu, kita tak tau macam mana keadaan member kita nih. Masih ada lagi ke kat situ. Takut balik tidok kat rumah. NI kan dunia semuo. Satu sesi pun tak leh nak buat lagi tempoh hari.WAktu wartawan kami hubungi hari tu, katanya dah siap semua, tinggal nak binding dan bawa ke SPADA untuk dibentang esok. Hebat sungguh abang kita nih.

Kami di Sungai Besi pun gitu gak, namanya Sungai Besi, dan penuh dengan klien, nak dapatkan klien pun bukan mudah, dia pegi ke lain pulak klien tu, katanya hujang. Nak-nak sesi kelompok, eh, tapi kalau sesi kelompok dengan cik cik , amboi....laku lak...

Khabarnya Lenny pun poning jugak. Cam ne nak buat sesi, malam-malam masih kat paso malam, ingat cari kuih ke apo, rupanya ikut AADK buat outreach, la.....kerja over time la pulak. Agak-agak nya banyak la markah, ada markah over jugak tu kot.

Cik Nan kita pulak, sibuk masuk keluar mahkamah. Nak lawan Sirul Azhar ke bos? Apu pun sesi yang penting, semoga dah siap demo di sana, yang lain tu pinggan mangkuk je.

Program Masih Ada Yang Sayang

Salam semua. Satu perancangan sedang dibuat untuk membuat program kepulihan bagi peserta metadon Hospital Sg Buloh. Program sehari semalam. Maksima peserta 50 orang. Cadangan tempat mungkin seperti kem motivasi (Janda Baik, FRIM, Pongsun, Sungkai - sekadar beberapa contoh). Begitu juga dengan tarikh, hari dan masa. Kemungkinan akan diadakan selewat-lewatnya pada awal bulan depan.

En Halim akan join sama sebagai penceramah jemputan. Dia minta hubungi semua kawan-kawan SPADA supaya sama-sama join projek ni dan pada yang hadir akan diberi kredit untuk 3 setting yang sepatutnya kita buat untuk internship masing-masing. Pengisian termasuklah 7 Langkah Kepulihan (7 Steps Of Recovery). Semua bajet ditanggung sepenuhnya oleh Hospital Sungai Buloh. Sila hubungi Pn Linda untuk maklumat lanjut (melalui email, sms, call) juga untuk sama-sama memberi cadangan bernas bagi menjayakan program ini. Kerjasama dan idea kawan-kawan semua amat2 diperlukan. Terima kasih.

Pages