Lawatan ke Pusat Serenti Wanita, Bachok
Oleh : Noorhisham Hamzah,S.sos.I
Kedatangan kami disambut oleh Tuan Guru Haji Mohd Zain bin Haji Abu Bakar dan keluarga. Kami sungguh gembira atas layanan yang begitu baik dan sempurna.
Gambar yang mengandungi kerek telaga ini sebenarnya adala tempat penghuni mandi wap. Mereka duduk di dalamnya selama 45 minit sambil membaca surah Al-Fatihah sehingga 100 kali. Hal ini dilakukan selama 15 hari.
Di belakang pondok Tuan Guru ini ada kebun yang digunakan untuk penghuni bercucuk tanam. Ada tanaman pisang dan betik. Kebanyakan penghuni berasal dari negeri Kelantan sendiri dan Terengganu.
Kelihatan pensyarah USIM, Ustaz Khairi Mohammad bergambar bersama dengan Tuan Guru sebagai kenang-kenangan.
Beliau yang berasal dari Petani Thailand menggunakan teknik yang diambil dari Cheherong Thailand dengan menggunakan teknik rawatan Islam. Sehingga kini sudah ratusan penghuni berjaya disembuh disini. Bahkan menurut tuan guru lebih 80% sudah berjaya disembuhkan. Kepada sesiapa yang ingin mencuba konsep pemulihan dadah di sini boleh menghubungi beliau di 017-9176643.
Pusat pemulihan ini mendapat kelulusan dari AADK sendiri. Saya menyaksikab pelbagai peringkat umur dari 14 tahun hingga 50 tahun lebih dan dari orang kampung hingga anak pegawai tinggi kerajaan. Betullah dadah tidak mengenal mangsa.
Perjalanan kami diteruskan ke destinasi terakhir iaitu di Bachok Kelantan. Kami ke Pusat Serenti Wanita di Bachok. Disini memuatkan seramai 150 orang penghuni.
KELANTAN : Perjalanan sepanjang 3 hari memberi banyak masukan kepada semua pelajar SPADA atau nama panjangnya Special Programme Alcohol and Drug Abuse. Dalam foto ini kami sedang berada di Pondok Pusat Rawatan Dadah Tradisional Darul Hanan di Wakaf Bharu.
Nampaknya di sini pun ada kelainan juga dalam proses rawatan, berbanding dengan rawatan yang telah kami singgahi di Kuala Nerang Kedah minggu lalu yang menggunakan sistem Zikir Thariqah Naqsyabandiah.
Di sini ada sistem rawatan tuntun, Iaitu pesakit penagih dadah ini akan dipukul dengan rotan oleh Tuan Guru Haji Mohd Zain sendiri seluruh badan dengan bacaan tertentu bertujuan membuang sisa toksid dalma badan penagih.
Gambar yang mengandungi kerek telaga ini sebenarnya adala tempat penghuni mandi wap. Mereka duduk di dalamnya selama 45 minit sambil membaca surah Al-Fatihah sehingga 100 kali. Hal ini dilakukan selama 15 hari.
Beliau yang berasal dari Petani Thailand menggunakan teknik yang diambil dari Cheherong Thailand dengan menggunakan teknik rawatan Islam. Sehingga kini sudah ratusan penghuni berjaya disembuh disini. Bahkan menurut tuan guru lebih 80% sudah berjaya disembuhkan. Kepada sesiapa yang ingin mencuba konsep pemulihan dadah di sini boleh menghubungi beliau di 017-9176643.
Saya sempat mengadakan sesi temubual dengan seorang penghuni disini. Alia, bukan nama sebenar, berusia 40 tahun sudahpun mempunyai 3 orang anak dan seornag suami. Di awal hidup ketika dibangku sekolah di tingkatan 4 mengenali ganja dan syabu melalui seorang rakan.
Berawal dengan kehidupan tanpa ibu dan ayah. dibela oleh seorang nenek kandung.
Keseronokan menghisap ganja membawa dirinya sehingga menjadi pusyer. Pusyer terkenal dikalangan penagih dadah sebagai pembekal dadah. Dengan kos RM200.00 dia boleh mendapatkan RM300.00 setelah di pekkan ke plastik lain.
Terlalu seronok dengan najis ini tidak menghalang dia berkenalan dengan seorang jejaka yang akhirnya membawa mereka ke gerbang perkahwinan.
Suaminya mula sedar yang dirinya seorang penagih, tetapi berusaha membantu dengan nasihat supaya berhenti. Namun kata-kata itu semua bagaikan mencurah air di daun keladi. Pada suatu masa ketika menjual bahan terlarang inilah dia ditangkap dna terpaksa meringkup di pusat serenti wanita di Kemumin.

Tempoh 12 bulan tidak mampu mengubah dirinya menjadi manusia yang putus ketergantugan dengan dadah. Setelah keluar penjara, rupanya suami saya sudahpun berkahwin lagi dna kami tinggal sebumbung. Sebagai seorang penagih, amat mudah bagi hati ini untuk kecewa. Dapat saya rasakan katanya betapa sudahpun kasih sayang suami saya berkurang dan berbeza walaupun anak-anak masih menerima. Kerana kecewa berat, saya kembali menagih dan ini kali kedua saya masuk ke pusat ini. Dan sesungguhnya saya tidak mampu berdepan cabaran di luar sana apabila keluar nanti. Kemungkinan menagih semula (relapse) amat besar. Siapa lagi yang akan menerima saya. Suami dah kahwin. Kerja tiada, ibu bapa pun dan meninggal.
Saya memberikan harapan untuk menjadi insan yang baik dan doa kepadanya. Saya minta berdoa dihadapan saya setelah bercerita panjang lebar tentang hidup dan mati, susah dan ujian dalam hidup, janji dan amaran Tuhan, katanya saya ingin berubah. Lantas dia mengangkat tangan seraya berdoa. Akhir kata, tiada yang mampu mengubah diri kita kecuali kita sendiri dan tuhan tidak pernah sesekali menghalang kita untuk apa pun.
Dalam perjalanan pulang kami singgah di POndok Moden Bachok untuk solat Asar dan Zuhur. Selamat Jalan...

Lawatan ke Inabah dan Pusat Serenti
Oleh : Noorhisham Hamzah
KUALA LUMPUR, Satu rombongan mahasiswa SPADA dari USIM yang diketuai oleh En.ASP Nadzir Othman, bersama 20 orang rakan dan 2 pemandu serta seorang krew, telah melawati 3 negeri di Utara Tanah Air.
Memang seronok perjalanan ini, kami tiba jam 12.00 tengah malam, kami menghamparkan tubuh sejenak, sembari menunggu jam 3.00 pagi. Ya, jam 3 pagi kami dikejutkan, untuk melihat acara terawal di Inabah ini, 100 orang bekas pecandu narkotika mandi taubat 40 gayong air yang dingin mencengkam tulang.
Mereka kemudian bergegas ke surau untuk solat tahajud 12 rakaatm solat taubat dan solat hajat. Di samping menunggu rakan2 yang tiba, mereka mengalunkan zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Ketika subuh hampir menjelang tiba, mereka ber-istirehat sebentar dengan jamuan ringan teh tahajud. Kemudian bersolat subuh secara berjamaah, kami turut serta mengikuti secara dengan dan mengamalkan bersama zikir dan wirid yang mereka alunkan.
Kelihatan jamaah dan peserta rombongan turut solat berjamaah.
Pertemuan terjadi begitu cepat, pagi ini, setelah mendengar ulasan dan ceramah yang topik jarang-jarang kita dengar , yang disampaikan sendiri oleh Guru iaitu Tuan Haji Zaki selaku ketua Pondek remaja Inabah ini. Kami sekali lagi sempat mengambil ole-oleh sebagai bekalan balik. Pertemuan untuk perpisahan terjadi lagi. Dengan sayu Tuan Guru melepaskan rombongan berlalu, yang entah bila kan bertemu kembali.
Bas kami meluncur terus ke Pusat serenti Bukit Chabang, Perlis. Di sini sekali lagi kami mendengar kelainan metode yang dipraktikkan oleh pusat serenti ini. Mereka menggunakan Terapi Keinsafan Diri. Antara Modul yang diguna ialah halaqah. Ada halaqah bacaan Al-Quran, doa, Solat dan Fardu Ain.
Foto berlatar belakang bukit nan sejuk di Jabal Suf, Kuala Nerang Kedah. Berdiri dari kiri, Farid, Wan, Lenny, Anis, Pn. Ira, Kak Akasila, Haslinda, Amutha, Nor Azian dan Vijaya.
Tuan Guru sedang menyampaikan ucapan selamat berpisah kepada rombongan kami.
Negeri yang menjadi destinasi ialah Kedah, Perak dan Perlis. Rancangan awal kami mahu melangkah setapak ke negara Thailand, namun masa terlalu cepat berlalu. Sayang kesempatan ini tidak tercapai.Lokasi pertama kami ialah Inabah, pusat pemulihan akhlak penagih dadah yang mengguna metode dari pesantren Suryalaya, Jawa Barat Indonesia.
Subscribe to:
Posts (Atom)