LAWATAN ILMIAH KE PUSAT PEMULIHAN AKHLAK, JABATAN PENJARA MALAYSIA, MUAR

Jumaat, 13 November 2009: Pelajar SPADA telah mengadakan lawatan ilmiah ke Pusat Pemulihan Akhlak, Jabatan Penjara Malaysia, Muar, Johor. Aktiviti lawatan sekadar taklimat berkaitan Pusat Pemulihan Akhlak, Muar. Kami tidak mendapat kebenaran untuk bertemu penghuni mahupun melawat tempat tinggal penghuni. Lawatan kami berakhir dengan Jamuan Makan Tengahari.











Aktiviti Di PUSPEN Remaja Tiang Dua, Melaka

Khamis, 12 November 2009: Pelajar SPADA, USIM sekali lagi terlibat dengan Program Lawatan Ilmiah. Kali ini kami ke PUSPEN Remaja Tiang Dua, Melaka. Aktiviti yang kami laksanakan di sana ialah Latihan Pengurusan Stress menggunakan kaedah Senaman Kalistenik, Chiken Dance dan beberapa aktiviti berkaitan pengurusan stress. Di samping itu, kami diberi taklimat berkaitan latar belakang dan pengurusan di PUSPEN Remaja Tiang Dua, Melaka.



Latihan sebelum lawatan

Maznita dan Zunita diberi tanggungjawab sebagai pembina modul bersama Tok Penghulu dan mereka sedang memberi taklimat dan latihan sebelum lawatan

Kehadiran kami di sambut dengan jamuan minum teh


Puan Norliya sedang memberi taklimat berkaitan PUSPEN Remaja Tiang Dua


Para peserta mendengar taklimat dengan penuh perhatian


Suasana semasa sesi taklimat...
Program Pengurusan Stress bersama penghuni tiada disertakan gambar kerana peraturan tidak membenarkan pelatih diambil gambarnya.






INTERNSHIP 2: PROGRAM KOMUNITI

Nama Program:
PROGRAM GEMPADAH

Tarikh:
7 dan 8 November 2009

Tempat:
Kampung Baru Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Anjuran bersama:
Surau Al Mubarak, Sungai Ara
AADK Daerah Barat Daya, Pulau Pinang
Gerakan Belia 4B(M), Cawangan Arajaya

Turut membantu:
Pelajar SPADA (Hazlinda Nur Bahari, Norhayati Abd Samad, Wong Fui Fun, Mohd Basiran)

Aktiviti:
Mesej Anti Dadah Rumah ke Rumah
Ceramah Agama
Pertandingan Sepak Takraw/Futsal
Pameran (AADK, Kesihatan, Bomba)
Pertandingan Azam/Menghafal Surah Lazim


Kumpulan Mesej Anti Dadah Rumah ke Rumah

Mesej Anti Dadah Rumah ke Rumah

Taklimat program


Pengarah AADK Daerah Barat Daya, Pulau Pinang....Tuan Aman bin Mustapha


Turut membantu menjayakan Program GEMPADAH
Ahli komuniti menyediakan bahan untuk masakan



Setiap individu ada peranan....


Setiap rumah dilawatai tidak mengira rumah siapa.....apa yang penting ialah mesej anti dadah dapat disampaikan


Yang sudah berusia juga tetap bersemangat membantu perjuangan menggempur najis dadah



Biarpun jauh di Utara...kami tetap sanggup ke sana demi mempertahankan Negara dari ancaman dadah durjana


CERAMAH AKTA DADAH BERBAHAYA (RAWATAN DAN PEMULIHAN)

Pada hari Khamis 5 November 2009 bertempat di Kelas SPADA, satu ceramah bertajuk Akta Dadah Berbahaya (Rawatan dan Pemulihan) telah disampaikan oleh ACP Sasikala Devi a/p Subramaniam, Penolong Pengarah Perundangan/Pendakwaan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman.


ACP Sasikala Devi a/p Subramaniam menyampaikan ceramah

Penyampaian ceramah yang berkesan hinggakan para peserta terpegun......

Gabungan agensi-agensi kerajaan dalam menangani isu dadah.....Langgoseng (AADK), Tuan Amran (Jabatan Polis), Ahmad Nasrudin (Jabatan Penjara).....


Ilmu yang kami pelajari di SPADA begitu bermakna buat kami


Ceria dan bersedia menggalas amanah.....



GELAGAT PELAJAR SPADA MENJELANG TUTORAN FARMAKOLOGI

Rakaman pada 4 Nolvember 2009, Rabu.....Pelajar-pelajar SPADA berehat di surau ketika menanti waktu tutoran 1 penggal 2 Subjek Farmakologi.

EN ABD HALIM MENGENDALIKAN SESI PERBENGKELAN

TARIKH:

3 November 2009

TEMPAT:

Palace Golden Horse

PERSIDANGAN KEBANGSAAN KAUNSELING 09

Selasa, 3 November 2009....Persidangan Kebangsaan Kaunseling 09 bermula pada hari ini di Palace Golden Horse. Persidangan ini adalah anjuran PERKAMA dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris.



Encik Abdul Halim Mohd Hussin mengendalikan bengkel berkaitan Program Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan Dadah.


Encik Abdul Halim bergambar bersama beberapa orang anak didik....

Mereka setia bersama menyokong perjuangan memastikan Negara Bebas Dadah pada
Tahun 2015

Para peserta perbengkelan aktif mengemukakan pandangan dan berkongsi pengalaman


Medan untuk meningkatkan maklumat baru dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


Segala maklumat yang dikongsikan begitu bermakna......


LEPAS GIAN

Pada hari Jumaat, 30 Oktober 2009 aku dan Cikgu Ramli melepaskan gian memancing ikan di Sungai Bekuk. Setelah empat bulan aku belajar di SPADA, USIM inilah pertama kali aku berpeluang menjalani aktiviti kegemaranku. Cikgu Ramli juga merupakan seorang Pelajar Master di UPM dan jarang-jarang dapat peluang sebegini. Kebetulannya aku menjalankan Internship di SMK Penghulu Saat pada sebelah paginya. Apalagi, kesempatan ini aku gunakan sebaiknya dan ada hasilnya walau tidak seberapa.



Tak banyak, tak besar tapi berbaloi....

Hasil pancing...Ramli

Hasil terbesar kali ini...Ikan Sebarau



Pages