INTERNSHIP 2: PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SMK PENGHULU SAAD, PARIT SULONG


Pada hari Jumaat, 30 Oktober 2009 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari Program Pendidikan Pencegahan Dadah telah dilaksanakan di SMK Penghulu Saad, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Program ini adalah bagi memenuhi syarat Internship 2 dalam Speciality Program For Alcohol And Drug Abuse, Universiti Sains Islam Malaysia.
Sasaran peserta program ialah pelajar lepasan Peperiksaan Menengah Rendah PMR seramai 70 orang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.
Pengisian program ialah Tayangan Video "TERSASAR DI JALANMU" serta perbincangan mengenainya, Ceramah Ancaman Dadah Kepada Remaja dan Pengendalian Soal Selidik Skala Tahap Kesedaran Dadah Dalam Kalangan Pelajar.


Encik Mohd Jais bin Bakar, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Penghulu Saad


Biar apapun caranya, maklumat perlu disampaikan sebagai usaha mencegah remaja dari terus terlibat dengan ketagihan dadah

Sebahagian peserta pelajar lelaki


Sebahagian peserta pelajar perempuan



CERAMAH AKTA DADAH

Pada 27 Oktober 2009, Selasa satu ceramah berkaitan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) telah diadakan di Kelas SPADA. Penceramah jemputan khas ialah Tuan Afzainizam b Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).













JAMUAN SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI

22 Oktober 2009
Meena dan Vanaja telah mengadakan Majlis Jamuan Deepavali dengan menjemput semua warga SPADA termasuk Pengurusan dan staf SPADA.







SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN CIK DILA

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Cik Dila yang ke????


Puan Ida tolong suapkan kek.....

Tersenyum...hehe

Potong kek tu hati-hati....jangan terpotong jari


Ramai juga Rakan Pelajar SPADA yang meraikannya


Hah...Tuan Loh pun ada

Abang Rodzi tu pulak.....

Teruskan Perjuangan

Tahniah kepada Ojaloli yang sedang mengidamkan kehidupan yang indah dan sempurna, semoga Tuhan mempermudahkan segala urusannya.

PEPERIKSAAN AKHIR PENGGAL PERTAMA

PEPERIKSAAN AKHIR PENGGAL PERTAMA SPADA
AKAN BERLANGSUNG SELAMA DUA HARI
BERMULA 5 OKTOBER 2009 HINGGA 6 OKTOBER 2009
KEPADA SEMUA PELAJAR SPADA
DIHARAP DAPAT MENJALANI PEPERIKSAAN
DENGAN FIKIRAN YANG TENANG
SEMOGA KITA SEMUA AKAN BERJAYA....

Perlunya Journal

Mungkin ada nampak, dan mungkin tidak, ada di celah-celah program Tufh And Rugged dan TC, terselit program yang mungkin masih boleh dipertingkatkan lagi. Melalui journal anda yang bermutu tinggilah anda boleh membantu AADK dan Negara.

Sebabnya, anda dikenakan menyalin salin laporan dan journal untuk di tinggalkan pada AADK setelah berakhirnya intership nanti. Melalui journal itulah anda boleh membantu. Mungkin tulisan anda sangat bermutu, lalu diberi perhatian, atau tiada maknanya bagi mereka, lalu di pinggirkan.

Saya teringat dalam program TC, ketika program Encounter, penghuni masih menggunakan kata-kata, bodoh, bangang, bingai, lambung, hentak kaki, dan sebagainya. Ada kemungkinan penagih yang tidak pernah biasa dengan kata-kata akan terikut.

Bukankah Nabi SAW sendiri bersabda, orang yang paling dekat denganku di Syurga nanti ialah yang paling baik akhlaknya.Nah, dari hadis ini, kita perlu fikir, bagaimana program encounter boleh di ubah suaikan lagi, supaya menjadi lebih lembut, namun bermutu.

RUMAH TERBUKA JAMUAN HARI RAYA

1 Oktober 2009, Khamis....Satu majlis rumah terbuka sambutan hari raya telah diadakan oleh salah seorang pelajar SPADA iaitu Cik Yati. Ramai yang hadir untuk memenuhi undangan sambil menjamu juadah yang dihidangkan. Kami sempat bermaafan sebelum pulang ke destinasi masing-masing.


Pasangan bahagia.....Asmawati dan Ahmad Khazani

Rodzi.....

Lan, Azhari dan Meena....

Khusairi dan Tuan Amran.....Makan ingat kawan....


Bagaikan keluarga besar.....

Asyik posing je....jamahlah kuih muih tu....

Khalid dan Linda Nur.....

Jangan menung-menung....lepas ni boleh terus balik Ganu.....


Bersopan santun.....hehe

Gaya seorang ibu.......


Pages