KAD UCAPAN & SUMBANGAN KUIH RAYA

Rabu, 16 September 2009:- Encik Abd Halim Mohd Hussin telah menyampaikan kad ucapan Hari Raya Aidilfitri 1430H dan sumbangan kuih raya kepada para pelajar SPADA 2009/2010.








MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA EN HALIM

TARIKH
15 September 2009 (Selasa)
TEMPAT
Restoran Bugis, Ampang
PESERTA
En Abd Halim Mohd Hussin
Mohd Hafiz
Mohd Basiran
Tuan Loh
Mohd Rodzi
Muhamad Khusairi
Ahmad Nasrudin
Maznita
Zunita
Hazlinda Nur
Wong
Ann Farhana
Norfadhilah


Resolusi gambar tak sesuai....En Halim.....Ahmad Nasrudin

Ann, Loh, Dila

Hafiz dan Basiran



Tak sudah-sudah makan...orang lain dah lama berhenti makan...hehe


Salah resolusi lagi...hehe...











TINJAUAN TAHAP KESEDARAN ISU DADAH DI TEMPAT AWAM

Rabu, 9 September 2009:- Para Pelajar SPADA sekali lagi diberi tugasan untuk menjalankan Kajian Tinjauan Tahap Kesedaran Isu Dadah dan pada kali ini dilakukan di tempat awam. Kami bergerak untuk menjalankan kajian tersebut dalam beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendapatkan responden di tempat yang berbeza-beza antaranya di Chow Kit Road, Pasaraya SOGO, Pudu Raya dan lain-lain.
Ann Farhana...kami sering mendapatkan pandangan beliau dalam melaksanakan tugasan yang diberikan kepada kami.....

Cuba mendapatkan kebenaran daripada pihak Pengurusan KLCC untuk menjalankan Tinjauan Tahap Kesedaran Isu Dadah Di tempat Awam....namun kebenaran itu tidak diberikan kepada kami.

Mereka tidak berputus asa, sebaliknya kami membuat keputusan untuk ke Jalan Chow Kit



PEMBENTANGAN FARMAKOKINETIK DADAH SIRI 2


2 September 2009 (Rabu):

Pembentangan Tugasan Farmakologi Dadah Kumpulan B telah dijalankan pada hari ini. Para pembentang pada hari ini ialah Ahmad Khazani bin Abd Wahab, Asmawati Muhamad Ali, Alias bin Jasin, Mohd Khusairi b Saidin, Mohd Rodzi bin Md Saud dan Wong Fui Fun. Pembentangan melibatkan Farmakokinetik Syabu, Metadon dan Ecstasy.



Panel Penilai:
Dr Nur Azlina binti Mohd Fahami
Dr Qodriyah Hj Mohd Saad


Mohd Rodzi bin Md Saud:
Pembentang Farmakokinetik Shabu

Ahmad Khazani bin Abd Wahab:
Pembentang Farmakokinetik Metadon


Alias bin Jasin:
Pembentang Farmakokinetik Ecstasy

Asmawati binti Muhamad Ali:
Pembentang Farmakokinetik Metadon

Mohd Khusairi b Saidin: Pembentang Farmakokinetik Ecstasy

Wong Fui Fun: Pembentang Farmakokinetik Syabu

VIDEO CONFERENCE SESI KAUNSELING

1 September 2009 (Selasa) -

Hari ini merupakan hari yang telah dijadualkan untuk para pelajar SPADA bagi menonton video conference bagi sesi kaunseling individu yang telah dijalankan pada minggu yang lepas. Prof Dr Saedah Ghani memberikan komen bagi memperbaiki cara pengendalian sesi yang telah dijalankan.


Prof Dr Saedah Ghani sedang memberikan komen kepada cara pengendalian sesi oleh para pelajar....

Para pelajar begitu tekun menyaksikan kendalian sesi oleh rakan-rakan

Beginilah rakaman video yang dipertontonkan untu sesi vedeo conference


Prof Dr Saedah mencatat sesuatu untuk mengulas cara pengendalian sesi kaunseling oleh para pelajar




Budak 3 tahun mati ditikam bapa saudara

GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai mati dibunuh oleh bapa saudaranya ketika sedang menonton televisyen di rumahnya di Kampung Melayu di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Aziz Hassan, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi apabila mangsa didatangani bapa saudaranya seorang penagih tegar lalu menikam mangsa dengan pisau di bahagian rusuk kanannya.

"Mangsa sedang menonton TV bersama nenek saudaranya manakala bapanya sedang tidur tidak jauh dari situ. Tiba-tiba suspek muncul dengan sebilah pisau dan terus menikamnya.


"Neneknya yang melihat kejadian itu terus memeluknya sebelum memangkunya keluar untuk mendapat pertolongan. Keadaan mangsa ketika itu berlumuran darah.

"Bapa mangsa yang kemudiannya menyedari kejadian tersebut terus membawa mangsa ke Hospital Gua Musang, tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

Aziz berkata, sejurus selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu, polis bergegas ke rumah mangsa dan menahan suspek berusia 22 tahun. "Kita masih menyiasat motif pembunuhan," katanya. - Bernama

Pages