Pak pandir menunjukankan kepandaiannya
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.
Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.
Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
'Lembik...macam taik.'
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu
taik tu, lepas tu dia berkata,
'Bau macam taik.'
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'
3 penagih maut dipanah petir
3 penagih maut dipanah petir
06 Jun 09. JOHOR BAHARU: Tiga penagih yang sedang khayal di bawah pengaruh dadah maut manakala seorang lagi cedera akibat dipanah petir dalam kejadian di ladang kelapa sawit, Felda Pasak, dekat Kota Tinggi, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohamed Sebot, berkata kejadian ketika hujan lebat pada kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan tiga penagih itu berusia antara 34 dan 58 tahun meninggal dunia.
"Petir tiba-tiba menyambar pondok terbabit menyebabkan ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian, seorang cedera manakala tiga lagi berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, semua mayat serta seorang yang cedera itu dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan yang cedera untuk rawatan lanjut.
Katanya, siasatan mendapati ketujuh-tujuh penagih berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan usaha sedang dibuat untuk menahan tiga penagih yang terselamat itu. - Bernama
Pencen Bukan Penghalang Untuk Terus Aktif
Kami menyeru pihak ibu bapa agar memainkan peranan masing-2 sebagai orang tua, ingatlah nasib anak akan membawa pulang kesannya kepada orang tua jua, bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak.
Bertamu ke rumah Cik Nan
Usai singgah dan solat di rumah ini, kami beransur ke Kampung Gaal Pasir Puteh, sempat menjamah gigi air terjun Jeram Linang. Kesempatan saya dan keluarga sampai, kami mencuri foto sebagai kenangan abadi. semoga lebih ramai lahirnya dari Pasir Puteh ini pelajar yang cerdik, cekal dan hebat semacam anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang.
Esoknya, sepulang dari Semerak, Pasir Puteh, kami singgah sekejap di bandar ini, menikmati juadah percuma nasi berlauk. Terima Kasih P.Puteh, Ahairul, dan En.Nan sekeluarga.