Santai Merpati Dua Sejoli


Kenangan di Avilion. PD

Pandy menghimpit norish ketika memilih baju
makan pisang goreng di Teluk Kemang
Sedang memilih baju oleh2 untuk anak
Amutha ada gak. penyeri majlis
Faizal datang memeriahkan kami di sini.
Kami semua ketika lepak di Teluk Kemang POrt Dickson, menghubungi Zaini, terkejut dia, kami bagau kita orang dah dekat KFC Kemunting. Jap Jap katanya, aku nak start kereta. Apa beza kawe dengan demo, sama-2 Spada.. hehe.

Sebenarnya kita di PD. Dapat jemputan dari pihak penyelidik UITM pasal PPDa sekolah rendah di Malaysia. 5 hari jugak kami di sini berbantal lembik.

Bengkel Analisis Data Kajian PPDa di PD

Haa.. Ini gambar-gambar yang sempat saya snap dan posing masa kat PD. Lama gak duk hotel kat PD ni. 5 hari. Puas gak makan tidur. Kerja tetap kerja. Tapi tetap nak bersantai. Maklum la, tepi pantai. Jom layan gambar-gambar ni.


Suasana dalam bilik. Besar dan luas.

Cantik kan view depan biik ni. Mengadap laut. Romantis sangat...


Di hari terakhir, bergambar ramai-ramai dengan semua yang terlibat dengan bengkel ni. (lagi gambar dlm blog kakyong).
Hotel, sebut hotel, wah kali pertama masuk hotel ialah di Medan, Hotel Labuhan Raya di Jalan Gajah Mada. Bila balik Malaysia, tak pernah tinggal kat hotel, kecuali semuanya di bayar oleh kerajaan. Paling best naik kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu secara percuma. Bukan percuma.... tapi kerajaan yang bayarkan.

Yang paling tak best duduk kat hotel ialah bantal. Geram juga rasanya, kerana terpaksa tidur di atas span yang lembik. Apalagi kalau tinggal selama 4 hari 3 malam. 2 lapis bantal saya lapik, belum tentu dapat hilang sakit leher.
Hari ini saya berada di Port Dickson, jemputan UITM bahagian penyelidikan, untuk menyempurna kajian keberkesanan pelaksanaan program pencegahan pendidikan dadah di sekolah rendah seluruh Malaysia. PIhak penyelidik ini sebenarnya mendapar geran dari AADK, so kami-kamilah bekas pelajar SPADA di panggil untuk bersama-sama duduk berbincang. Mungkin ada lebih dan mungkin banyak kurangnya.

PPDA

Kawan yang nak dapatkan Pekeliling PPDa boleh klik link dibawah

Pekeliling PPDA

DVD Sepanjang SPADA

Setelah mengambil kira kos pembikinan dan penghantaran, maka satu set DVD mengandungi 3 keping, Satu Vietnam Kamera Tunku Hasriq, Kedua Vietnam dari pelajar SPADA dan ketiga Sabah satu keping. Semuanya RM20.00 termasuk kos penghantaran.

Kawan-kawan yang berminat sila bank in ke akaun bank Islam (BIMB, atas nama NOORHISHAM HAMZAH, akaun nombor, 1209 2020 129 415

Tambahan RM 5.00 bagi foto-foto sepanjang perjalanan SPADA.

Apa Yang Penting??? Kerjaaasamaa....


Seronok tengok wonderpets ni tau. Walaupun cerita untuk budak-budak tapi kita yang dah menjangkau usia lebih suku abad ni patut ikut contoh teladan dari cerita wonderpets. Sesekali tengok la kartun ni. Pastu boleh selitkan moral story yang ada pada anak-anak murid atau anak-anak didik atau anak-anak bina sekali pun...jangan lupa! Apa yang penting??? Kerjaaasamaaa....

SELAMAT HARI GURU

GURU OH GURU...

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;

Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya;

Pelita dan lanpu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat;

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun, katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta;
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia;
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka;
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa;
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota;
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semak terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu,

Guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu;
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
16hb Mei 2009

Anggota polis dihukum gantung



KUANTAN - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal akhirnya menerima hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 811.91 gram empat tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan hukuman tersebut terhadap Mohd. Isa Zainal Abidin, 52, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Seramai 10 orang saksi termasuk isteri tertuduh dipanggil dalam perbicaraan yang bermula 26 Mac 2007 dan berakhir pada 21 April lalu bagi memberi keterangan.

"Pembelaan yang diasaskan kepada penafian hak milik dadah terbabit tidak mencukupi. Malah, tertuduh sendiri memandu arah polis ke tempat dadah di dalam rumahnya menunjukkan tertuduh tahu di mana dadah itu disimpan," katanya.

Mohd. Isa dalam pertuduhan pertama didapati mengedar dadah jenis ganja seberat 390.45 gram kira-kira pukul 5.15 petang di hadapan sebuah kedai nombor ekor di Jalan Tok Muda Haji Idris, Pekan pada 14 Oktober 2005.

Pertuduhan kedua pula, dia didapati mengedar dadah jenis ganja seberat 421.46 gram kira-kira pukul 5.30 petang di kuarters polis Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada tarikh yang sama.

sumber

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua kaum ibu yang telah sudi mengunjungi blog ini. Sayangilah ibu.

Lagi Kenangan SPADA 2008/2009


Setelah tiga bulan bertapa di tempat internship masing-masing, kami bertemu kembali pada hari pembentangan kajian kes 7 April 2009. Tengok Pandy dan Vijaya macam pinang dibelah dua...hehe

Malamnya ada jamuan pulak. Katanya untuk rai student SPADA tapi yang dirai kena bertungkus lumus siapkan semua persiapan. Cian...hahaha.. Farid sampai kepenatan bersandar kat dinding tu..

Yang ni pulak, cikgu Jai sedang testing suara untuk jadi pengacara majlis. Memang kelasss la suara cikgu Jai ni. Ada bakat jadi pengacara jemputan...Silap haribulan jadi pengacara majlis tetap dan berpencen...huhuhu...

Nor n Yan ni memang ratu gambar. Pantang nampak lensa kamera...pose spontan jek...

Ni lah perancang utama majlis jamuan malam SPADA 2009, Ida. Dari surat menyurat sampailah ke kain alas meja makan, dia tentukan. Cik Nan tu nak tunjuk muka gak sini...Nampak penat je cik Nan?..

Lenny malam tu tak leh buat apa. Jadi pemerhati PBB je sebab tangannya tinggal 1...hihihihi...1 lagi kena balut..baru lepas operate...Kak Lin biasa la...kontrol ayu...haha

Yang ni pulak, Ketua Program SPADA En Halim dengan En Rajan, Kaunselor Hospital Sg Buloh. Ntah apalah yg dibincangkan tu...

Fuyoooo...Ikan goreng pun sodappp...Tak sabar2 dah si Nuar Ganu nak ratah ikan tu. Eh...ikang la...Izhar kat sebelah tu dah telan air liur dah..tunggu giliran..tu tgn sape plak ye sebelah pandy tu...tengok pandy...tak pandang kiri kanan dah...doa makan pun tak sempat baca dah tu, lapo...hihihihi

setahu saya ..

salam ..
setahu saya .. dah lama kita tak amal konsep tough n rugged di PUSPEN (Pusat Pemulihan Narkotik) yang dulunya dikenali sebagai Pusat Serenti ..

Mengenai tidur sewaktu solat .. itu lebih kepada sikap penghuni yang tidak mahu berubah ... Program keagamaan dijalankan mengikut agama asal penghuni .. malah diwajibkan untuk para muslims solat & puasa .. malah sistem kutipan zakat pun dibuat bila tiba masanya, oleh pihak Majlis Agama yang berdekatan ..

Penghuni kepenatan dan tidur di surau .. menjerit tak tentu pasal .. kerana kepenatan degan program seharian .. konsep aktiviti padat itu sebenarnya yang kita pupuk agar penghuni berhenti befikir tentang ketagihan mereka .. In fact bila mereka keluar pusat pun, mereka akan diarahkan untuk mencari pekerjaan (dengan pantauan AADK Daerah) .. Oleh itu, mereka akan lupa untuk membicarakan soal dadah atau berkumpul dengan rakan penagih sekiranya terikat dengan jadual kerja yang ketat ..

Aktiviti di pusat memang padat tetapi penuh dengan pengisian yang pelbagai .. dari segi pembelajaran sivik, kawad (kawad melatih seseorang untuk menerima n patuh kepada arahan), agama (bagi pusat yang mengamalkan sesi halaqah seperti di Perlop dulunya setiap Rabu akan ada 7-9 ustaz yang dilantik oleh Pejabat Agama Kuala Kangsar datang buat sesi 3 jam), vokasional (penghuni didedahkan dengan kerja pertukangan, jahit menjahit, pentadbiran, pertanian dll) yang latih penghuni untuk berdiri di kaki sendiri sekiranya tak dapat kerja bila keluar pusat ..

pelbagai cara dah diaplikasi untuk membantu para penagih, kebanyakannya gagal .. in fact kita banyak guna konsep TC terutama kat pusat2 sukarela tapi masih kurang yang berjaya .. puncanya sikap mereka yang tidak mahu berubah ..alah sikap keluarga yang tidak mahu menyokong n membantu .. bila nak buat KSB antara family pun banyak buat alasan busy tak boleh nak datang dll ..

pendapat peribadi saya .. buat kaedah kerjaya lebih mudah .. penghuni pergi kerja pagi .. balik petang .. hari2 .. penat n kat rumah rehat n tidur .. tak sempat nak jumpa kawan2 penagih .. so selamat dari meneruskan tabiat lama ..

ini hanya sekadar pendapat saya .. tidak mewakili jabatan ..

alin0ne78

Pages