Minggu Yang Sangat Kecewa-Journal

GM - GENENAL MEETING

Minggu ini adalah minggu yang sangat kecewa bagi kami, ahli keluarga, staf dan semua pegawai di PERSADA, termasuk pelajar yang sedang ber-praktikum di sini. Apa tidaknya, bilama 3 orang ahli keluarga kami yang sudah lama (lebih satu tahun) berada di sini, sempat relapse di luar ketika kesempatan keluar diberikan. Dengan itu, PERSADA terpaksa mengadakan General Meeting (GM). Semua penghuni wajib berada di dalam majlis ini dan mesti serius.

Walaupun cerita relapse dalam penagihan adalah perkara biasa. Namun sambung

Program RADA Daerah Batu Pahat

Batu Pahat: 28 Feb 2009. Satu program RADA (Rakan Anti Dadah) telah dilancarkan bagi peringkat Daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah sesi taklimat mengenai RADA dan melantik AJK RADA peringkat daerah di samping mngeratkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli serta merancang aktiviti tahunan yang julung-julung kali diadakan di sini. Ahli-ahli RADA yang terlibat bukan sahaja terdiri daripada kalangan anak-anak muda lepasan sekolah tetapi juga dari golongan profesional seperti guru, kakitangan hospital seperti staff nurse, dan ahli akademik yang lain malah yang berkelayakan Ph.D juga turut hadir mendaftarkan diri.
Cikgu Pandy bersama salah seorang AJK RADA BP.
Penolong Pegawai AADK Batu Pahat, Encik Dzulkifli Isnain sedang memberi taklimat mengenai RADA.
Pn Azizah Pegawai AADK Daerah Batu Pahat
AJK RADA Daerah Batu Pahat yang baru dilantik.Bersama Encik Dzulkifli Penolong Pegawai AADK BAtu Pahat.Kedua-dua gambar di atas diambil di hadapan pintu masuk Pusat Khidmat dan Pengawasan AADK Daerah Batu Pahat. Di sinilah opis kawan kita Cikgu Pandy sepanjang internship 3 ini.

Lawatan ke PENGASIH

ANTARA BANGUNAN DI RUMAH PENGASIH

KUALA LUMPUR. 27 Feb 2009.Sebilangan kecil pelajar SPADA yang tinggal berdekatan area Kuala Lumpur sempat mengikuti lawatan ke Rumah Pengasih. Rumah ini terletak di celah-celah KOtaraya KL, di jalan Duta, Bukit Tunku, berpusing-pusing pelajar mencari jalan masuk. Ini kerana peta untuk kesana tidak terbawa.Turut serta dalam lawatan kami ialah seorang pelajar Degree dari USIM dan 3 orang pelajar praktikal di PERSADA dari UMT.

Semua pekerja di sini adalah terdiri dari bekas penagih dadah. Syarat kemasukan ke sini ialah mestilah mengambil dadah dahulu.. Huhu....ayat ini boleh memesong budak-budak. Ya lah, Rumah Pengasih menerima kes-kes mereka yang menyalahguna dadah dan ingin berhenti.

Di sini, PENGASIH menggunakan teknik terapi TC kepada penghuninya yang di ambil langsung dari Deytop, USA. Maklumat lanjut, anda boleh dapati pada laman www.pengasih.net

Lenny, Anis, Nor Zalifah dan Sham
Wakil penghuni sedang menjelaskan sesuatu kepada kami
Anis mencuri kenangan, bangunan terdiri dari kabinSalah satu bilik yang ada di sini.

Sambutan Minggu Integriti USIM-FKP


Dapatkan CD celoteh Farid. Wau suara FArid rupanya masuk la dengan speker behringer ni.
NILAI. 27 Feb 2009. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia menganjurkan minggu Integriti Peringkat Universiti.Pelbagai acara disediakan kepada mahasiswa, mereka dijamu selera, tetapi selepas dapat menjawab beberapa soalan. Konsep yang digunakan ialah "No Free Lunch". Artinya ialah, tiada makanan percuma dan maknanya, setiap imbalan yang kita dapat, mestilah melalui usaha.

Terdapat banyak gerai, yang tak sempat saya lawati kerana kesibukan melayan tetamu di gerai SPADA. Ada permainan, soal jawab, kue tiu dan gorengan.

Hadiah yang disediakan kepada tetamu
Mohd Farid, Dejay Mahasiswa SPADA memeriahkan acara.
Pensyarah Datin Dr.Mizan Adiliah turut menyertai acara balingan bola ke dalam kotak
Wan Azlina, rancak melayan pembeli...puas....kuih dah habis.
Wau, En.Halim turut menjadi Chef Kehormat. Berapi kuali tuuu...
Tengok En. Sham, Wan Azlina dan En.Farid sibuk nampaknya...

Hihihi....apasal la Na tergelak
Ini Prof.Saedah.beliau jugak sempat memakai apron dan menggoreng kue tiaw

Pengalaman Operasi Pertama

Ganja yang dirampas ketika operasi malam tadi.

KAJANG. 25 Feb 2009. Pihak AADK dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengadakan operasi bersama di Tol Cheras Kajang. Sehingga jam 3.00 pagi, seramai 23 orang didapati positif dadah. Saya turut bersama menyertai operasi ini. Ada motor yang membuat pusingan dan terjatuh kerana terlanggar motor dari arah bertentangan. Kedua penunggang motor tersebut dipercayai berbangsa India melarikan diri ke dalam sungai berhampiran. Kedua helmetnya jatuh ke dalam sungai, manaka la sebuah beg galas di campakkan.


Pemeriksaan mendapati di dalam beg tersebut terdapat 3 bilah pisau. Gambar di atas menunjukkan 2 orang antara 23 orang yang ditahan. Pihak AADK mengambil maklumat diri dan menghubungi keluarga. Seorang budak muda bertanya saya, apa langkah seterusnya selepas ini, saya jawab kamu kena ke AADK, hubungi keluarga maklumkan masalah ini. Kamu ditahan malam ini. Saya tak sampai hati nak bagi tau mereka katanya.

Wan Anuar dan Mohd Farid membuktikan kehadiran mereka

Seorang pekerja kelab malam turut ditahan selepas didapati air kencingnya positif dadah. Ketika saya bertanya, (dadah) apa kamu ambil? Tak tahu lah encik....saya kerja kelab malam, mungkin ada orang memasukkan ke dalam minuman saya.

Bayangkan dalam satu malam, 23 orang ditahan kerana mengambil dadah, walhal bukan semua yang ditahan, hanya memilih secara rawak dan perawakan muka menurut farmakologi. Pihak JPJ menahan motor yang lalu, dan kami akna melihat muka mereka, apabila di dapati adanya ciri-ciri (simpton) keterlibatan dengan dadah, kami menyuruh mereka ketepi. Lesen dan IC di cek, kemudian membawa ke meja khas untuk mengambil botol urine.

Rindu ingin kembali

Ramai kekawan dah mengeluh, setelah menjalani praktikal, rindu pada gelak ketawa dan gurauan sahabat terbayang, bila praktikal kita masing-masing tenggelam dalam kesibukan. Amutha pernah bilang begini, aku di sana sorang-sorang la, boring, kalau kat kelas, boleh lah dengar suara Nan dan Zaini gelak.

Masing-masing menguntai kalimat rindu pada SPADA, dan menghitung hari, aduhai...masih lama lagi kah, rindu pada sekolah, rindu pada suara anak murid dan mikrofon di medan perhimpunan.

Semua-nya berlaku dan hadir sekali lagi dalam hidup kita, andai umur masih dipanjangkan Tuhan.

Domain Alternatif

Domain Alternatif Bagi Blog Sham dan Kak Yong

http://www.kaunselor.com/sham

www.kaunselor.com/linda

Anda boleh ke blog kami dengan klik alamat tersebut

Rehatkan Minda

Pagi ini kami singgah sekejap di kolam air Panas, 100 meter selepas IKBN di Dusun Tua, merendam kaki kat sini setengah jam, nak mandi belum sampai tahap tu lagi, sebab airnya panas sangat, tetapi ada juga orang lama yang terus je mandi. Wuuuuu panas nya.Lepas rendam kaki dan mandi sikit kat KOlam Air Panas, kami bergerak ke Kuala Pansung, di sini udara sejuk dan nyaman, air pula sejuk. Wau..best nyer...apalagi berkelah lah kami di sini.
Anuar dan isteri serta anak-anak dan abang ipar saya dengan seorang anak saya turut berendam di sini. Minggu depan, kami nak datang lagi, bawak ayam golek....

DVD Rakaman Sepanjang Perjalanan SPADA



DVD ni untuk Bang Nan Dulu

Untuk rakan-rakan yang ingin menyimpan kenangan di SPADa, boleh lah menempah DVD ini, yang kesemuanya ada 4 DVD.

1. DVD ke Vietnam dari Kamera Tunku Hashrig
2. DVD ke Vietnam ramai-ramai kamera pelajar SPADA
3. DVD rakaman sepanjang tahun perjalanan SPADA.
4. DVD ke Sabah.Ramai-ramai

Kalau diganti dengan CD...banyak jugak. Pasal satu DVD 4.7 GB, sedangkan 1 CD 700 MB

Teamwork Kajian Keberkesanan Pelaksanaan..


19 Feb 2009. Syukur, Profesor Madya Dr. Chan dan rakan-rakan dari Bahagian Pendidikan, Universiti Teknologi MARA, melantik saya dan rakan-rakan dari SPADA sebagai teamwork kaji selidik Keberkesanan Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah Rendah. Walaupun sekolah saya sendiri baru bertatih dalam program ini, itupun hasil desakan dari Puan Norizah Rahmat, selaku HEM di SK Bangi.

Saya menghubungi YM Raja Azman, bertanya sekolah mana yang telah menjalankan aktiviti PPDa dengan baik dalam daerah Hulu Langat, beliau memberi jawapan 2 sekolah, iaitu SJK (C) Ong Pong, Ampang dan SK Taming Jaya, Cheras, Kajang. Tahniah la, mungkin semua kaunselor atau guru yang terlibat dengan PPDa patut mengadakan lawatan ke sekolah tersebut.
Kami di sini sebenarnya menkaji,sejauh mana lagikah, target Dasar Dadah Negara (DDN) iaitu Sekolah Bebas Dadah 2012. Apakah ianya akan menjadi nyata atau masih jauh lagi. Team kajian akan turun dan mengadakan soal selidik dengan beberapa buah sekolah, sasaran ialah pentadbir, guru-guru dan murid-murid dari 3 kelas, yang pintar, yang sederhana dan lemah.

Hulu Langat adalah daerah yang paling ramai penagih dalam Negeri Selangor. Justeru, menjadi kewajipan yang sangat besar untuk guru-guru memikul amanah ini, bagi memastikan sekolah daerah Hulu Langat bebas dari Dadah. YM Raja Azman dan guru-guru PPDa serta kaunselor adalah orang yang bertanggungjawab membantu mereasisasikan hasrat kerajaan tadi.

Manakala di rumah, peranan ibu bapa dan di dalam masyarakat, kita mengharapkan peranan pemimpin untuk membantu membendung permasalahan ini. Saya ditanya, apakah betul-betul pernah ada orang yang sembuh dari penagihan ? Jawapan kami ialah, YA, Memang ada, dan mereka ada dimana-mana, hampir ribuan yang sembuh. Antaranya En.Hafnee dan rakan-rakan dari PENDAMAI.

Sekitar Program di SPADA














Pages