Kenangan Pembikinan Modul 7 Langkah Kepulihan

Lokasi Pembikinan Modul
Kereta-kereta terpilih untuk dimenangi
Ada tension, ada gelak tawa...
Ada Gaya...




X Spada and Ida
Datin Ira and Datin Linda



NILAI. Selama 3 hari 2 Malam kami berada di Hotel Nilai, bermula 17 hingga 19 Disember 2008 dalam program pembikian modul kepulihan untuk penagih dadah. Kami berhempas pulas memerah fikiran bagi menghasilkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh ribuan manusia yang memerlukan.

Tidak cukup dengan idea 21 orang mahasiswa USIM POSt Grade ini, ditambah lagi dengan 3 orang tenaga pakar bidang agama dari USIM. Segalanya di aduk, di alun dan di sebati sehingga menjadi sebuah hidangan yang tersangat istimewa.

Segala yang baik, kami serahkan pada rakyat Malaysia, bagaimana membantu penagih yang ingin pulih melalui 7 langkah ini, yang mana kami himpunkan dari pelbagai Kitab Solafus Soleh seperti Imam Al-Ghazali dan Sabda Nabi sendiri.

Al-Quran menjadi panduan, kematian menjadi garis ukuran. Mana yang kurang sempurna kami mohon bangsa yang akan datang akan memperbaikinya demi kesejahteraan ummah.

Kenangan Pembikinan Modul 7 Langkah Kepulihan

NILAI. "Nasib baik ada blog", kata seorang kawan, boleh lah anak kawan melihat gambar di rumah perkembangan kita disini, sambungnya lagi. Hidup jauh dengan keluarga menjadikan member kita ni rindu ingin pulang selalu, bersama anak dan keluarga dalam hidup di dunia yang sementara ini.

Apa lagi, langsung lah keluarga kami di rumah memuat turun foto-foto kenangan indah ibu dan bapa mereka yang sedang bergelar pelajar.

Gembiranya kami apabila mendapat kereta baruMasih di Sabah, baaa..
En.Zaini memang seorang yang suka membantu kawan
En.Halim turut menjemput SPADA 07 bagi memeriahkan
Penulis sedang memanfaat waktu untuk memuat turun idea ...
Lagi di Sabah ba....
Dulu orang pakai kaca mata, tapi sekarang tak eh, kaca plastik...jadi datuk datin kat sini boleh kita panggil Geng Plastik Mata.
Ops, jangan ganggu....kawan tengah sibuk ni
percambahan minda berlaku terus, kadang-kadang ada pertembungan (traffic light)
Hmmmm... macam ni kata Norish pada Anis...turut mendengar W.Izahar dan Kekanda Norzira, sementara member kat belakang sedang berbincang dengan BOSS
Guano Gamok....
posing sini jap, Nak Zhoom kejap pada orang yang hensyem ni.... soory to say lah, kawan kita ni kalau berbaju kot memang hensyem and something like that la...Right? Walaupun pakai seluar jeans dibawah, sekurang-kurangnya at least ada la gaya
beginilah apabila pakar bertemu pakar..berebut nak curah ilham
Ops...sekali lagi... cibuk jugak...
Ketika sedang menggooglekan diri, terjumpa kalimat yang sarat maknanya dari seorang pelakon di dunia, katanya "Walaupun pahit, saya terpaksa menerima kenyataan. Hidup terlalu pendek dan tidak perlulah berdendam antara satu sama lain,” demikian Norman Hakim bercerita. lanjut

Catatan Penuh

SPADA USIM 2008 akan dibukukan perjalanannya, bersama dengan penghidup sejarahnya, ke mana mereka sebelum ini dan dimana mereka sekarang. Klik link dibawah

http://kaunselor.com/spada/

Ciri-ciri Penagih

Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.

Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.

Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.

Hilang selera makan atau selera bertambah.

Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.

Apabila bercakap tidak bertentang mata.

Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.

Parut atau bekas suntikan di lengan.

Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.

Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.

Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.

Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.

Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.

Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.

Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.

Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.

Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.

Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.

Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.

Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).

Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.

Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.

Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.

Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.

Bahana Tinggal Dengan Nenek

BANGI. 10 Dis 2008.Entah mengapa, sudah banyak kali saya temui, anak-anak yang hidup membesar bersama atuk dan nenek biasanya (walau bukan semua) akan bermasalah bila dewasa nanti. Hari ini dalam sesi temubual dengan penagih yang Re-Lapse (Ulang menagih setelah berhenti) turut terjebak dalam kancah penagihan, juga sejak kecil tinggal bersama nenek. Sambungan

Biodata Pelajar Spada 2008

Anda ingin berkenalan? Atau menjemput mereka memberikan ceramah tentang dadah ditempat anda? Silakan layari web dibawah ini.
http://www.kaunselor.com/portal/spada/pelajarspada.html

atau Just Klik Here

Penagihan : Video


Versi2
Video ini dihasilkan oleh pelajar SPADA, Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama pihak AADK Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Layari Profail Pelajar Spada
klik

Gara-gara Hidu Gam

Satu Uji kaji dibuat, Bagaimana Kesan Farmakologi apabila seekor Kucing menghidu Gam
Kesannya, rasa euforia pada sistem dopamin, reseptor pada otak kucing didapati bertindak balas


Kesan Farmakologi, Kucing tersebut lentok habis...stim... mata berair, hidung berhingus, malas buat kerja...mau tidur saja

dan akhirnya gian
...
menggigil...

Hidup di Dunia Hanya Sekali

TAZKIRAH PAGI JUMAAT

Foto Program Pencegahan Dalam Komuniti

Oleh : Noorhisham Hamzah

04 Dis 2008. KUALA LUMPUR. Seminar Pencegahan Dadah Dalam Komuniti melibatkan Daerah Hulu Langat dan Gombak dibawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya di adakan. Program sehari ini melibatkan pemimpin 24 zon dari kawasan berkenaan.


En.Abd Halim bin Hussin menyampaikan ucaptama mengalu-alukan kedatangan hadirin dan hadirat. Beliau berharap program seumpama ini dapat dijalankan diseluruh Malaysia.
Ceramah Gejala Dadah disampaikan oleh En.Farid, manakala Puan Vijaya membentang 16 Langkah Pencegahan, En.Heffney bin Abd Rahim selaku Presiden Pendamai turut memeriahkan majlis ini dengan syarahan beliau yang menusuk kalbu. Hadirin sempat menitiskan air mata ketika En.Heffney menyampaikan kisah ibu, isteri, dan anak kepada penagih dadah yang terseksa akibat salah seorang dari mereka terlibat menagih dadah bahan terlarang ini.

Menyambung cerita kata beliau, pernah seorang anak penagih dadah apabila ditanya oleh gurunya apa kerja ayah kamu, remaja tersebut terus lari ….. inilah kesiksaan batin yang terpaksa dihadapi oleh ahli keluarga penagih dadah.


Sesi petang di susuli pembentangan hasil perbengkelan oleh hadirin. En.Noorhisham sebelumnya telah menyampaikan satu ceramah bertajuk, “Pencegahan Dalam Komuniti, Kenapa dan Bagaimana”.

Hadirin berpuas hati dengan menyambut dengan baik seminar ini, seorang peserta berharap ianya dapat dijadikan panduan apabila mereka pulang ke komuniti masing-masing.

Hadirin khusyuk mendengar ceramah yang membuka minda dan menyentuh qalbu dari En.Haffney, Presidan Pendamai, model penagih yang berjaya berhenti dari penagihan selama 22 tahun.

Maka Apabila engkau selesai mengerjakan shalat, maka hendaklah engkau berzikir kepada ALLAH, (sama ada) dalam keadaan berdiri, dan duduk dan berbaring.

An-Nisa' : 103
Hadirin yang dijangka dapat memenuhi dewan ini, namun sebahagian saja hadir dari yang bersetuju dari awalnya, ini kerana terdapat pertembungan 3 program pada hari ini
En.Haffney, Pengerusi Pendamai, Persatuan Bekas Penagih Dadah. Beliau menyifatkan nama itu buruk, tetapi itulah namanya setakat ini. Beliau tinggal di Kampung Pandan, Warga Ampang boleh kesempatan untuk menjemput beliau berceramah.


alahai macam-macam, gerila makan kokain untuk berperang dengan tentera komando di Mumbai, 50 jam mereka boleh bertahan tanpa tidur, makan dan minum

Pn.Azian sedang menaip nama untuk sijil tetamu

Bengkel pada sesi petang. Peserta aktif memberi pandangan

Pages