Konsep Pengubatan Darul Hanan

24 OGOS 2008. Rombongan kami bergerak menuju ke Daerah Tumpat Kelantan, tepatnya di pusat rawatan Dadah secara tradisional yang lebih dikenali sebagai ”Darul Hanan” di dalam kawasan Pondok Lambor, Wakaf Bharu. Pondok ini di usahakan oleh Tuan Guru Haji Mohd Zain dan keluarga.

Tuan Guru Haji Mohd Zain yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Aji menyatakan, pada permulaan, bertarikh 15 Mei 1998, dimana beliau mengumumkan hasrat untuk membuka pusat pemulihan ini, hanya 3 orang datang dari penduduk kampung berhampiran.

3 hari kemudian datang lagi 3 orang sehingga lah ke hari ini, jumlah penagih yang datang menerima rawatan tidak pernah putus. Mereka datang secara sukarela, dan ada yang dipaksa rela. Ikutkan penagih, memang lah mereka tidak mahu duduk dalam keadaan begitu, dikurung secara beramai-ramai bersama dengan pesakit yang lain.

Umumnya, bekas penagih yang datang ini dari serata daerah di negeri Kelantan dan terdapat juga dari negeri Terengganu. Dari segi taraf kedudukan masyarakat, di pusat pemulihan ini kami dapati dari rakyat biasa hingga ke anak orang berhormat, dari murid sekolah hingga penganggur. Dan kami menemui remaja seusia 14 tahun pun sudah ada yang terpaksa berada di sini akibat terperangkap dengan dadah.

Kaedah rawatan yang dijalani di sini agak berlainan dari apa yang pernah kami saksikan di Kuala Nerang Kedah yang menggunakan teknik dan konsep Zikir yang dicedok dari Tasik Malaya, Jawa Barat, Indonesia.

Kebanyakkan penagih dibawa oleh keluarga, sungguhpun ada keluarga yang pulang dan menangis mengenangkan adik mereka terpaksa di kurung dalam kandang yang berjeriji besi dan dengan bau yang kurang enak, namun inginkan keluarga mereka sembuh secara total seperti sedia kala menjadi penyuntik semangat untuk menabahkan hati untuk menghadapi keadaan ini. Ada juga yang dihantar oleh pihak polis.

Pada mulanya apabila sampai di rumah Tuan Guru, beliau bertanya khabar dari mana dan untuk apa datang ke mari. Hakikatnya sebenarnya beliau sendiri sedia maklum bahawa kedatangan tetamu ini adalah untuk ”mengubat” ketagihan adik mereka atau anak mereka.

Tuan guru akan membawa pesakit ini ke bahagian dapur dengan niat untuk memandikan, memberi dan memulih semangat kepada pesakit.

Anehnya, semua pesakit yang datang ke sini, apabila sudah dimandikan oleh beliau, akan turut semua kata-kata dan arahannya, sehingga pesakit ini dibawa ke dalam lokap di belakang rumahnya dan di detok di sini selama 6 bulan.

Inilah keajaiban dan kelainan yang ada pada Ayah Aji. Selain terpaksa di kurung, mereka menikmati jamuan rohani setiap malam yang disampaikan oleh tuan guru sendiri di masjid beliau, manakala pembesar suara diletakkan satu berhampiran bilik pesakit.

kami bertanya, tak boleh kalau tak dikurung? Esh, mana boleh orang seperti ini, dulu kami bagi makan nasi dengan pinggan kaca dan sudu, tapi mereka menajamkan sudu guna sebagai senjata sesama mereka. Sekarang ni mereka diberi makan pinggan plastik dan tanpa sudu.

Pengobatan Mandi Wap
Pesakit akan di ubati secara mandi wap. Mandi wap yang ada di sini bukanlah seperti mandi wap yang biasa kita dengar dan lihat. Pesakit akan masuk dalam semen bulat yang lebih di kenali oleh rakyat Kelantan “kerek telaga”, mereka akan duduk di dalamnya sambil membaca al-fatihah sebanyak 100 kali dalam keadaan panas matahari jam 11.00 pagi. Di atas permukaan kerek tadi di tutupi dengan tikar. Dengan ini, pesakit yang berada di dalamnya akan berpeluh sambil mengenang segala kesalahan mereka selama ini.

Pesakit sebenarnya tidak boleh lari, walaupun keadaan di sini tidak berpagar, kerana adanya pengawas yang sentiasa menjaga mereka. Pengawas ini terdiri dari pesakit lama yang sudah baik dan mempunyai sistem kontrol diri yang baik.

Tujuan mandi wap ini adalah supaya keluarnya segala kotoran dalam tubuh pesakit penagih. Berkata tuan guru, andai 10 tahun mereka tenggelam dalam najis dadah, maka 10 tahun lah masa yang perlu diambil untuk memulihkan mereka. Hah, bukan mudah merawat penyakit ini.

Kotoran Peluh
Mandi wap 10 kali sebenarnya baru keluar peluh sahaja, dan belum keluar lagi kotoran yang dimaksudkan tadi. Biasanya mereka akan terus mandi wap sehingga 15 kali, barulah keluar peluh dalaman yang mengandungi kotoran dadah.

Pok Teh dan Air Tawar
Menyebut tentang dadah, kebanyakkan di sini pesakit menggunakan heroin atau lebih glamour dengan panggilan “pok teh” oleh para pengguna. Mereka menyebut pok teh lantaran warnanya putih.

Di samping pengubatan tadi, mereka djuga diberi air penawar atau istilahnya air tawar. Air ini yang telah dibacakan ayat-ayat dan doa diberi minum kepada pesakit.

Ditanya dari mana beliau menerima ilham untuk melaksanakan kaedah ini. Tuan guru menjawab, sebenarnya beliau berasal dari Pattani, Thailand, semasa di sana konsep ini pernah di amalkan, berdasarkan pengalaman itulah beliau mencuba untuk mengaplikasinya konsep ini di negeri ini bagi membantu anak bangsa yang hanyut dalam keruntuhan gelaja penagihan dadah.

Konsep rawatan ini sebenarnya telah di kaji dan di beri kelulusan untuk beroperasi oleh AADK Malaysia.



Ni di Pondok Wakaf Bharu.




Mendengar penjelasan dari Tuan Guru berkenaan sistem rawatan yang beliau berikan kepada penagih dadah

Ruginya ak Pandai Bergurau

Anda pernah bergurau dgn pasangan anda? Apa? Tidak pernah? Jadi, bagaimana gaya tiap seorang? Paling muka, masam, muncung, macam patung?

Alahai...rumahtangga orang cemerlang dan gemilang adalah rumahtangga yang dihiasi keceriaan. Gelak tawa itu melambangkan kesukaan, keceriaan dan kegembiraan.
Mana mungkin anda mengaku bahagia sedangkan mulut teramat berat untuk dibentuk sebagai senyuman?

Rumahtangga yang tidak dihiasi gurau senda dan tertawa ria ibarat tanah kuburan. Cuba lalu di tanah perkuburan. Bolehkah anda tertawa atau tersenyum?
Senda gurau akan mengikat persefahaman seterusnya kasih sayang.

Tak percaya? Tak patut tak percaya. Kalau tak sungguh, tentu Nabi S.A.W tak bersabda. Malah, kalau rajin menyemak sirah Nabi S.A.W, anda akan dapati Nabi S.A.W cukup banyak bergurau senda dengan isteri-isteri Baginda.
Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya dia telah melengkapkan separuh Imannya, Maka bertaqwalah kepada ALLAH (bagi melengkapkan separuh bakinya).

"
Kata Imam Al-Ghazali, " Yang dimaksudkan dengan baki 50% itu ialah jihad. Berkahwin itu ialah jihad, dan latihan jihad itu ialah menunaikan hak-hak keluarga seperti mentadbir, bersabar dengan telatah dan budi pekerti pasangan, memimpin ke jalan yang baik, berjuang mencari rezeki yang halal dan mendidik anak-anak."

Mana mungkin ceria tanpa bahagia. Mana mungkin bahagia tanpa gurau senda. Mana mungkin boleh bergurau senda tanpa persefahaman. Mana mungkin semuanya itu tanpa cinta dan kasih sayang. Bukankah kesemuanya itu saling bersatu?


Terdapat secebis kisah tentang seorang sahabat yang anti perkahwinan. Dia bukan sahaja nekad tidak mahu berkahwin bahkan tidak nampak perkahwinan boleh memberi keuntungan padanya. Mungkin dia lebih melihat beban yang terpaksa dipikul.


Suatu malam dia bermimpi. Dalam mimpinya itu dia nampak anak-anak kecil sibuk memberi air minum kepada orang ramai yang kehausan di taman syurga. Bila sampai gilirannya, anak-anak kecil itu berlalu sahaja, dia tidak diberi minum. Dalam kebingungan, dia diberitahu tidak tersenarai antara penerima minuman kerana tidak seorang pun dari kalangan anak kecil itu adalah anaknya.


Jika anda sudah berkahwin, tiada jalan berpatah balik untuk kembali bujang. Hidup perlu diteruskan. Lebih baik hidup dengan penuh rela dan ceria daripada masam dan tak suka. Jadi, bergurau-guraulah untuk mencerahkan hidup.

Tak tahu cara bergurau? Tak tahu apa yang nak diguraukan?

Ok, cuba ceritakan kisah ini kepada pasangan anda. 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing2 sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah! kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua." Ayah pertama melompat gembira. "Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin Star Enterprise."


Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah, awak mendapat anak kembar tiga.". "Wau!" katanya melonjak gembira. "Kembar tiga? Mungkin satu kebetulan. Saya kerja di 3EM Corporation."

Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga. "Tahniah!, isteri awak dapat kembar empat.". "Alhamdulillah, " kata ayah ketiga sambil meraup tangan ke mukanya. "Mungkin satu kebetulan. Saya kerja di Four Season Hotel."

Pada masa ini, ayah yang keempat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah sekali. Kesemua ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat?" Ayah keempat itu menjawab. "Saya kerja di Seven-Eleven."

Masih tak ketawa? Senyum pun tidak? Oooo, ruginya.....

Cendekiawan berkata, "Pudarlah kebahagiaan seorang wanita/lelaki jika dia tidak mampu menjadikan suami/isterinya teman yang termulia."



Sumber dipetik daripada majalah Pa&Ma Januari 2005 oleh
Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

Impian ke Vietnam

Baju Korporat Spada

Kain putih dan merah, antara keduanya ada lis kain berwarna biru.
Logo ni sebenarnya cantik. Tapi jika dibanding dengan baju warna merah saya, jauh lebih menarik yang tu.Tapi yang ini warna hanya bahagian tepi. Mudah nampak kalau kotor sedikit. Saya secara peribadi kurang berminat. Yang ni poket diluar....biasa je. Tak nampak macam korperat. Macam kat pasar malam. haha. Aik. baju sendiri pun kena bang!!

Design Baju Pilihan Kami


Yah, inilah yang dikatakan baju korperat, Ada kombinasi warna yang menarik di samping kain yang tidak mahal, harga yang berpatutan, senang memakai, gembira selalu. Jika logo yang sama macam baju merah ni disulam atas baju warna biru. Akan nyata sekali ketidak cantikkannya. Nak citer sekolah saya dulu. Guru perempuan semua menyampah dan ramai yang tidak pakai, bayar saja dan merepek2 kat rumah. Nampak tak poket? Tak nampak kan. Padahal ada tu, 2 lagi kiri dan kanan. Poket tebuk namanya.

Perbezaan Cetakan Huruf

Andai nama di jahit atas baju berlatar belakang warna gelap. Nama itu tidak timbul, tenggelam warnanya dan tidak menarik. Di sini perlunya penggunaan 2 warna. Warna biru seperti baju ini memang tidak menarik dan saya sendiri kurang senang dengan baju ini. Simpan saja ler.....panas pulak tu kainnya.








Berbeza dengan baju ni, pergi pasar malam pun orang puji, apatah lagi kalau pergi ke sekolah. Kawan-kawan saya suka pakai bila ada mesyuarat. Bila lagi nak tunjuk baju glamour...?hehe

Menyerlah


KOmbinasi Warna yang menarik.Butang sama warna dengan baju.Kainnya tempat butang warna putih.Menampakkan lagi korperatnya.

Baju Korporat Spada



Contoh baju, begini rupa kalau warna biru..

















Pandangan dari belakang
Kombinasi warna yang menghidupkan gambaran sebenar baju korperat.Di tengah-tengah baju, penggunaan kain warna putih dan kancing atau butang yang sama dengan warna baju.(merah) Kalau hijau baju hijaulah kancing.
Apabila latar belakang warna putih, maka apa pun tulisan akan terserlah.
Namun andai back ground warna biru, maka pastilah nama anda akan tenggelam.Menarik di pandang, senang hati memakai, lumayan membeli, tak puas dipakai.Nak buat lagi.

Arti Istilah

  • drug abuse: segala pemakaian obat untuk tujuan nonmedis, umumnya untuk kepuasan psikis
  • dependence: ketergantungan
  • psychic dpd: perilaku kompulsif untuk menggunakan obat berulang kali untuk kepuasan diri
  • physical dpd: kondisi dimana putusnya penggunaan obat menghasilkan sindrom yang berlawanan dengan efek obat
  • addiction: adiksi, ketergantungan penuh
  • tolerance: respons menurun terhadap suatu obat sehingga butuh dosis lebih besar untuk menghasilkan efek yang sama

Bahaya:

  • individu: gangguan metabolisme hingga kematian yang sulit diatasi
  • sosial: perilaku antisosial, merusak, nekat, tak produktif
  • ekonomi: radikalisme moneter, judi

Contoh obat:

  1. Opioid
  2. Hipnotik-sedatif
  3. Stimulan
  4. Halusinogen
  5. Mariyuana
  6. Alkohol

Say No To Drugs!

1. Opioid

  • kelompok obat yg memiliki sifat seperti opium
  • peptida opioid endogen: enkefalin, endorfin dan dinorfin terdapat di korda spinalis kornu dorsalis
  • ikatan opioid adalah dengan reseptor spesifik, misalnya µ, κ, σ, δ, ε. Afinitas menentukan potensinya.
  • Morfin berikatan dgn µ. Terbagi 2, yakni µ1 untuk analgesia supraspinal, pelepasan prolaktin, hipotermia dan katalepsi; µ2 untuk penurunan volume tidal dan bradikardia.
  • Opium adalah getah Papaver somniferum L yang telah dikeringkan. Derivatnya tergantung perubahan gugus.
  • Efek:

- narkosis

- analgesia

- eksitasi

- miosis

- depresi napas

- mual dan muntah

- gangguan traktus GI

- hipotensi ortostatik

- kulit memerah, flush area

  • Fenomena adiksi: habituasi, ketergantungan fisik, toleransi
  • Gejala abstinensia/withdrawal:

Menjelang saat dibutuhkannya morfin, pecandu merasa sakit, gelisah dan iritabel; kemudian tertidur nyenyak. Sewaktu bangun ia mengeluh seperti akan mati dan lebih gelisah lagi. Pada fase ini timbul gejala tremor, mual midriasis, demam dan napas cepat. Gejala ini makin hebat disertai timbulnya muntah, kolik dan diare. Frekuensi denyut jantung dan tekanan darah meningkat. Pecandu merasa panas dingin disertai hiperhidrosis. Akibatnya timbul dehidrasi, ketosis, asidosis dan berat badan menurun. Akhirnya dapat timbul kolaps kardiovaskular yang ujungnya kematian.

  • Penanganan:

- prinsipnya proses detoksifikasi

- nalokson/naltrekson: antagonis

murni morfin

- methadone: susbstitusi

sementara morfin

- clonidin: anti simpatomimetik

2. Hipnotik-sedatif

Barbiturat

  • depresan umum, semua tingkat depresi dapat dicapai mulai dari sedasi, hipnosis, berbagai tingkat anastesia, koma sampai kematian
  • tidak dapat mengurangi nyeri tanpa disertai hilangnya kesadaran
  • gejala intoksikasi akut ialah depresi napas berat, hipotensi ekstrim, oliguria, nekrosis kelenjar keringat
  • penganganan: bila <24>

Benzodiazepin

  • bukan depresan umum
  • penggunaan kronik perlu diperhatikan, sehingga terjadi toleransi
  • gejala putus obat dapat berupa makin hebatnya kelainan yang semula akan diobati, misalnya insomnia dan ansietas, disforia, mudah tersinggung, berkeringat, mimpi buruk, tremor, anoreksia, lemah dan pusing.
  • penanganan: flumazenil secara iv, merupakan antagonis spesifik yang bekerja kompetitif pada kompleks GABA-bdz-Cl.

3. Stimulan

a. Kafein

  • derivat xantin terdiri dari kafein, teofilin, dan teobromin yang mengandung gugus metil
  • merangsang SSP, menimbulkan diuresis, merangsang otot jantung dan merelaksasi otot polos bronkus
  • dosis letal akut kafein pada orang dewasa antara 5-10 g, sedangkan kadar pada 1 cangkir kopi rata-rata 100-150 mg.
  • di atas 1 g, timbul gejala sukar tidur, gelisah dan eksitasi, tinitus, tegang dan gemetar, takikardi.

b. Nikotin

  • kerja nikotin sangat luas, baik terhadap ganglion simpatis dan parasimpatis maka terdapat efek bifasik
  • dosis letal dewasa 60 mg, sedangkan 1 batang rokok putih rata-rata 15-20 mg.
  • intoksikasi kronik biasanya terjadi pada perokok berat, berupa kerusakan parenkim paru dan hemodinamik
  • penanganan: stop merokok!!!

c. Kokain

  • kerjanya mengikat ambilan kembali dopamin di SSP. Dopamin sendiri berperan pada reward system di otak
  • anestetik lokal pertama yang ditemukan, yakni alkaloid yang terdapat dalam daun Erythroxylon coca, semcam tumbuhan belukar
  • efeknya berupa banyak bicara, gelisah dan euforia, hipertermia
  • penanganan: diazepam/barbiturat

d. Amfetamin

  • Ekstasi = methyhlenedioxymeth

amphetamine(MDMA)

  • Awalnya amfetamin tahun 1940-an dipakai sebagai dekongestan nasal, lalu dikembangkan efek psikoaktifnya
  • Kerjanya sebagai salah satu amin simpatomimetik yang paling kuat merangsang SSP melalui pelepasan NE endogen
  • Efek adiksi berupa perasaan nikmat yang seperti orgasme, lalu diikuti euforia. Pemakaian berlanjut dan intens dapat menjadi skizofrenia paranoid.
  • Disalahgunakan untuk menunda kelelahan oleh para atlit dan mengurangi berat badan

4. Halusinogen

  • LSD-25 menghasilkan efek somatik, persepsi dan psikis yang saling tumpang tindih. Yang utama membentuk halusinasi
  • Penanganan pada keadaan berat yakni reaksi panik diberikan diazepam

5. Mariyuana (Ganja)

  • diambil dari Cannabis sativa
  • gejala awal adalah merasa melayang disertai euforia, tertawa tak terkontrol, disorientasi. Kemudian pecandu menjadi rileks dan kondisi seperti tidur dan bermimpi
  • tanda khas intoksikasi adalah denyut nadi meningkat dan konjungtiva memerah
  • biasanya dihisap bersama rokok

6. Alkohol

  • efeknya berupa daya ingat, kosentrasi dan daya mawas diri menjadi tumpul lalu hilang. Rasa percaya diri meningkat, kepribadian menjadi ekspensif dan bersemangat, perasaan tidak terkontrol dan letupan emosi menjadi nyata.
  • Gejala putus alkohol disebut delirium tremens yakni gemetar, mual, lemah, gelisah dan berkeringat, kejang hingga kolaps kardiovaskular
  • penanganan dengan pemberian diazepam dan rehabilitasi

Kutipan dari Tokoh Nasional Ahli Penanggulangan NAZA: Prof. DR. dr. H. Dadang Hawari, Psikiater

Prinsip terapi adalah berobat dan bertobat. Untuk itu selain terapi medis, bagi muslim maka sholat, doa dan dzikir merupakan bagian yang tidak terpisahkan.

Al-Baqarah (219):

“ Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (miras) dan judi. Katakanlah: pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya “

Adendum: Gambar-gambar Struktur

Gambar 1: Morfin

Gambar 2: Metadon

Gambar 3: Barbiturat

Gambar 4: Benzodiazepin

Gambar 5: Kafein, kokain, amfetamin

Gambar 6: LSD & MDMA

Gambar 7: Cannabis, THC

Lagi Foto Sekitar Lawatan Spada




















Dah masuk ke bekas P
Berada di hotel Damai Kota Bharu hari kedua.

Pages